Selangor Umum Cuti Am 18 November 2022 Sempena PRU15

Sebagai galakan untuk rakyat Selangor turun mengundi dan mengambil bahagian dalam PRU-15 ini, Kerajaan Negeri Selangor secara dasar bersetuju untuk memberi cuti am di Selangor pada hari Jumaat 18 November 2022.

Ini adalah bagi memudahkan urusan para pengundi, terutamanya turut mengambil kira pemastautin di negeri itu yang akan pulang mengundi di tempat lain.

Perkara itu diumumkan melalui satu sidang media oleh Menteri Besar Selangor pada hari ini, 9 November 2022.

Pihak Kerajaan Selangor turut berharap agar langkah yang sama turut diambil oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum nanti.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: