Tol Rahmah – Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bayaran Tol Rahmah, tol percuma selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tol Rahmah ini. 

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Tol Rahmah – Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan inisiatif baru iaitu tol rahmah bagi membantu memudahkan perjalanan balik kampung.  

Tol Rahmah ialah merupakan tol percuma selama 4 hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2023. Tol Rahmah percuma tersebut itu dinikmati pada Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin ini. Inisiatif ini melibatkan 33 lebuh raya di seluruh negara bagi semua kelas kenderaan.

Tol Rahmah - Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” – PM

Pemberian tol percuma selama 4 hari bagi semua kelas kenderaan di kesemua 33 lebuhraya ini merupakan KALI PERTAMA diberikan oleh Kerajaan kepada pengguna lebuh raya.

Tol Rahmah - Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital

Tarikh & Tempoh Tol Rahmah Percuma

Bermula 19 April 2023 (12.01 am), 20 April, 21 April 2023 (11.59pm) dan 24 April 2023. Sebelum memulakan perjalanan, pengguna lebuh raya digalakkan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam bermula 20 – 26 April 2023. 

33 Lebuhraya Yang Terlibat

  1. Lebuhraya Utara-Sealtan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuhraya Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  8. Lebuhraya Karak – KL (KLK)
  9. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
  10. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  11. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  12. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
  13. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  14. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  16. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  18. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  19. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  20. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  21. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRAND SAGA)
  22. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  23. Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)
  24. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  25. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  26. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  27. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  28. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS)
  29. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  30. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  31. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
  32. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)
  33. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)
Tol Rahmah - Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023
Tol Rahmah - Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Cara Menikmati Tol Rahmah Percuma

Berikut adalah cara nak dapatkan tol percuma bagi pengguna Touch n Go, Smart Tag dan RFID. Sila rujuk infografik di bawah:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di talian berikut: 1800-88-7752.

Atau, dapatkan info dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: