Senarai Bangunan Bersejarah di Malaysia – Setiap Negeri

Bangunan Bersejarah di Malaysia ~ Selain terkenal dengan kepelbagaian kaum dan bangsa, Malaysia juga agak terkenal dengan peninggalan sejarahnya yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan rakyat Malaysia. 

Terdapat banyak bangunan bersejarah yang menarik dan boleh dilawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

Bersempena bulan kemerdekaan ini, jom kita baca perkongsian mengenai senarai bangunan bersejarah di Malaysia yang dikongsikan di bawah untuk diselami kisah disebaliknya. 

BACA JUGA: Ranking Universiti Di Malaysia Terbaik Dunia 2023-2024

Senarai Bangunan Bersejarah di Malaysia 

1. Bangunan Sultan Abdul Samad – Kuala Lumpur

Bangunan Bersejarah

Terletak di bandaraya Kuala Lumpur, bangunan yang tersergam indah ini melengkapkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Bangunan ini dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893. 

Reka bentuk bangunan adalah berasaskan konsep Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya.

Bangunan ini telah diberikan nama bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad. 

2. Istana Bandar (Alaeddin) – Selangor

Bangunan Bersejarah

Istana ini telah dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905. Ia mempunyai reka bentuk yang sangat unik; campuran pengaruh Cina, Islam dari Timur Tengah dan juga India. 

Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini sudah tidak digunakan lagi. Sebelumnya, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. 

3. Kellie’s Castle – Perak

Bangunan Bersejarah

Kellie’s Castle dikatakan adalah merupakan sebuah bangunan yang dibina oleh pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915. Bangunan ini dibina sebagai tanda cinta kepada isterinya. 

Walaupun beraura misteri, bangunan dengan reka bentuk ala-ala bangunan luar negara ini sering menjadi tumpuan kunjungan ramai orang untuk mengambil gambar. 

4. Kota A Famosa – Melaka

Kota A Famosa bukanlah satu nama yang asing lagi. Ia merupakan sebuah ‘kubu’ yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis.

Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri walaupun hampir semua struktur bangunan lainnya telah runtuh. 

5. Istana Lama Seri Menanti – Negeri Sembilan

Bangunan Bersejarah

Istana ini mempunyai 4 tingkat dan dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit Putus. Dengan reka bentuk alam Minangkabau, ia kelihatan sangat elegan daripada luar. 

Tambahan lagi, istana ini telah dibina tanpa menggunakan walaupun satu batang paku besi! 

6. Masjid Sultan Abu Bakar – Johor

Masjid yang telah dibina pada tahun 1892 dan siap pada tahun 1900 ini telah direka bentuk oleh arkitek Melayu, Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak. 

Dengan inspirasi daripada bangunan-bangunan zaman Victoria Inggeris serta sentuhan elemen Melayu dan Moorish, terbentuklah masjid yang indah ini. Masjid ini dinamakan sempena nama ayahanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan Abu Bakar. 

7. Pahang Club – Pahang

Pahang Club adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada 1907. Ia merupakan  hasil binaan penjajah British yang terawal dibina di negeri Pahang. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini tidak lagi digunakan.

8.  Istana Balai Besar – Kelantan

Bangunan Bersejarah

Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1840. Ia dibina oleh Sultan Muhammad II sebagai menggantikan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu.

Sehingga kini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang upacara rasmi negeri.

9. Masjid Putih – Terengganu

Masjid Putih ini juga dikenali sebagai Masjid Besar atau Masjid Abidin. Ia adalah sebuah masjid yang dibina antara tahun 1783 ke 1808 oleh Sultan Zainal Abidin II. Uniknya, binaan masjid unik langsung tidak menggunakan tiang pada awal pembinaannya sebelum dinaiktaraf. 

10. Istana Pelamin – Kedah

Bangunan Bersejarah

Istana Pelamin telah dibina pada tahun 1736 oleh Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Untuk pengetahuan anda, istana ini dinamakan sebagai Istana Pelamin selepas berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan yang dikatakan paling meriah pernah diadakan iaitu pada tahun 1904. 

Bangunan ini telah ditukarkan fungsinya sebagai Muzium Diraja Kedah bermula tahun 1983 sehingga kini.

11.  Muzium Negeri Kangar / Muzium Kota Kayang (Rumah Tetamu Kangar) – Perlis

Muzium Negeri Kangar ini pernah dijadikan sebagai kediaman rasmi Penasihat British yang pertama, Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia Kedua (1941). 

Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis dan berfungsi sebagai Muzium Negeri.

12. Kubu Margherita – Sarawak

Bangunan Bersejarah

Kubu yang mempunyai reka bentuk Eropah ini telah siap dibina pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke. Nama kubu ini adalah  nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke.

13. Agnes Keith House – Sabah

Agnes Keith House adalah merupakan sebuah binaan rumah daripada kayu yang bercirikan tradisional tempatan. Ia adalah merupakan milik keluarga mat saleh daripada Amerika, Agnes Keith. 

Bangunan ini di baikpulih 50 tahun kemudian setelah hancur akibat perang dan dibuka kepada orang awam mulai tahun 2004. Terdapat perabot-perabot dengan ciri-ciri kolonial dan barangan antik yang anda boleh dapati di sini. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: