in

Harga Minyak Petrol Terkini RON95, RON97 & Diesel

harga petrol
ADVERTISEMENT

HARGA MINYAK PETROL TERKINI RON95, RON97 & DIESEL

Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Jun 2022 Hingga 29 Jun 2022.

Kementerian Kewangan Malaysia akan mengemaskini senarai harga runcit produk Petroleum iaitu minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel setiap hari Rabu, jam 5.00 petang.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan kenyataan terkini bertarikh 22 Jun 2022.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

HARGA RUNCIT PETROL RON95, RON97 & DIESEL BAGI TEMPOH 23 JUN 2022 HINGGA 29 JUN 2022

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Jun 2022 hingga 29 Jun 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

i) harga runcit RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter

ii) harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

NOTA:

Pada Februari 2021, harga runcit semasa petrol RON95 akan dihadkan pada paras siling RM2.05 seliter, manakala harga runcit semasa diesel akan dihadkan pada paras siling RM2.15 seliter.

Paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel ini adalah lebih rendah berbanding had harga yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu pada tahun 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95, dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

moratorium lesen memandu

Pemegang Lesen Perlu Perbaharui Lesen Sebelum 30 Jun 2022 – JPJ

chatime spm 2021 2022

Chatime Belanja Minuman Percuma Untuk Setiap 1A SPM 2021!