Modul NILAM Johor : Cara Login & Rekod Bacaan Online

PENGGUNAAN PLATFORM MODUL NILAM JOHOR

Makluman untuk semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga di sekolah-sekolah negeri Johor, penggunaan platform baru untuk Program NILAM ini bermula pada tahun 2022.

Tiada lagi pengisian di iQ-NILAM, seperti mana yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di negeri lain.

Justeru, semua murid DIGALAKKAN untuk mengisi bacaan NILAM secara online.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Modul iQ Nilam Johor (MNJ) untuk makluman bersama.

Apakah Modul Nilam Johor?

Satu inisiatif oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM di Negeri Johor

Cara Login & Rekod Bacaan

CARA LOGIN MODUL NILAM JOHOR (MNJ)

  1. Taip URL pautan laman Modul NILAM Johor di : https://nilamjohor.edu.my/
    pada browser pelayar web anda.
  2. Masukkan id delima anda, contoh ID DELIMa anda : [email protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default) : abcd@1234
  3. Menu modul ini terbahagi kepada 4 menu utama iaitu Profil, Dashboard, Aktiviti Bacaan dan Statistik.
modul nilam johor
  • ID delima masing2 : contoh : m-11065567Password : abcd@1234 (jangan ubah)
  • Murid-murid TIDAK DIGALAKKAN untuk MENUKAR PASSWORD. Guna sahaja yang sedia ada supaya tidak timbul isu lupa password kemudian hari.
  • Catat ID delima dan password murid.
  • Baca buku/bahan bacaan terlebih dahulu sebelum isi di link yang diberikan.
  • Sekiranya line internet tidak stabil, murid-murid boleh catat dahulu bacaan di mana-mana buku catatan.
  • Isi di online apabila line telah stabil.
  • Untuk Id delima, sila rujuk guru kelas masing2 / guru penyelaras bestari.

CARA REKOD BACAAN MODUL NILAM JOHOR (MNJ)

  1. Pada menu utama cari dan klik, Aktiviti Bacaan.
  2. Klik butang Tambah aktiviti bacaan untuk mula merekod bacaan.
  3. Pilih maklumat Klasifikasi Bahan Bacaan yang terdiri daripada Kategori Bahan dan Kategori Bahasa.
  4. Taip maklumat Bahan Bacaan seperti Judul, Sinopsis, Pengarang, Penerbit, Tahun terbit dan tarikh baca.
  5. Selepas selesai membuat pengisian, klik butang Simpan.
  6. Jika rekod berjaya disimpan, senarai bacaan akan berada di paparan Senarai Bahan yang dibaca, jika sebaliknya semak dan ulang langkah pengisian.
  7. Untuk membuat suntingan / kemaskini / edit tajuk buku yang telah direkodkan, cari dan saring maklumat judul yang dikehendaki dan klik butang pensil.
  8. Sebarang rekod maklumat yang telah berjaya disimpan, proses padam hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas dan Admin sekolah sahaja. Oleh itu murid perlu memaklumkan kepada Guru Kelas jika mahu padam rekod bacaan.

Baca juga: PICKIDS: Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak Akan Bermula 3 Februari 2022

Panduan Lanjut / Muat Turun Manual

Bersama-sama ini juga dilampirkan Manual Penggunaan Modul NILAM Johor versi Murid dan FAQ MNJ untuk rujukan bersama. Setiap murid juga telah diberikan Salinan fotostat Modul NILAM ini. (Yg bergilir akan diberi selepas cuti TBC)

Sebarang pertanyaan, sila berhubungan dengan guru kelas/guru mata pelajaran BM & BI masing-masing.

https://nilamjohor.edu.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: