8 Tips Pilih Tempat Duduk Dalam Flight Sesuai Dengan Jenis Orang

Pengalaman menaiki kapal terbang sememangnya pengalaman yang tidak boleh dilupakan bukan bagi setiap orang? Buat yang kali pertama, pasti perasaan teruja menyelubungi diri. Bagi yang sudah biasa pula, pasti pelbagai pengalaman yang pernah di tempoh disetiap penerbangan.

Lebih-lebih lagi jika anda biasa duduk di tempat duduk jenis ekonomi dan ditambah pula dengan tempoh penerbangan yang lama, pasti terasa ketidak selesaan dalam diri anda. Terpaksalah menahan sehingga sampai ke destinasi. Semestinya jika nak selesa boleh menempah tempat duduk Business Class. Tetapi tidak semua orang mampu untuk menempah tempat duduk Business Class.

Sebenarnya ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidak selesaan sepanjang penerbangan anda. amungkin nak pilih tempat duduk boleh jadi masalah pada anda. Tetapi anda tak perlu risau, jom baca perkongsian dari Pramugara Kaipo Kaka dari Hawaiian Airlines tips pilih seat flight untuk keselesaan anda ketika penerbangan.

1 – Suka Tidur? Pilih Seat Tepi Tingkap

Selain daripada boleh melihat permandangan bumi dari atas, duduk di tepi tingkap kapal terbang juga boleh elakkan anda daripada terlentuk di bahu penumpang sebelah anda. Anda boleh lentukkan kepala ke bahagian sebelah tingkap. Selain itu anda boleh merubah posisi dengan bersandar di dinding kapal terbang semasa tidur.

2 – Duduk Jauh Dari Pantri Jika Tidak Mahu Bunyi Bising

Bunyi bising dari pantri semasa pramugara/pramugari sedang menyediakan makanan/minimum pasti mengganggu anda jika anda seorang yang mahukan suasana senyap. Jadi elakkan pilih seat berdekatan dengan pantri. Namun tetap ada kelebihannya untuk anda yang kerap lapar.

3 – Kerap Ke Tandas Boleh Pilih Seat Bersebelahan Lorong

Terlalu kerap ke tandas? Pilih seat aisle atau tempat duduk yang bersebelan dengan lorong di dalam kapal terbang. Jadi mudah dan senang untuk anda untuk terus ke tandas tanpa perlu melintas penumpang lain terutamanya ketika penumpang sebelah sedang tidur. Kadang-kala dek kerana segan nak tegur, terpaksa menahan sampailah ke destinasi.

4 – Elak Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemansan Jika Tak Mahu Kesejukan

Pintu kecemasan kapal terbang walaupun dikunci rapat, akan tetap ada angin luar masuk secara halus ke dalam kapal terbang. Jadi, tempat duduk yang bersebelahan dengan pintu kecemasan pasti akan merasa lebih sejuk. Elakkan tempat duduk ini jika anda jenis tidak tahan sejuk.

5 – Boleh Pilih Tempat Duduk Bersebelahan Pintu Kecemasan Atau Bulkhead Jika Mahukan Ruang

Mungkin anda jenis kaki panjang dan perlukan ruang untuk keselesaan, boleh pilih tempat duduk bersebelahan pintu kecemasan atau belakang pembahagi kabin. Laluan pintu kecemasan lebih luas untuk memudahkan penumpang semasa kecemasan. Tempat duduk sebegini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai anak di pangkuan.

6 – Elakkan Duduk Berhadapan Bulkhead Jika Suka Meletakkan Kaki Pada Sesuatu

Ada sesetengah orang sukakan orang, namun ada juga yang lebih suka meletakkan kaki pada sesuatu menjadikan seseorang itu lebih mudah tidur. Jadi elakkan pilih tempat duduk di belakang pembahagi antara kabin ataupun bulkhead kerana ruangnya sangat luas.

7 – Duduk Seat Depan Jika Tak Suka Turbulence

Semasa penerbangan perkara yang tidak boleh dijangka adalah cuaca di langit. Jika tidak bernasib baik, penerbangan anda mungkin akan mengalami sedikit hentakan ataupun turbulence. Untuk pengetahuan anda, bahagian tempat duduk hadapan adalah paling kurang terasa turbulence berbanding belakang. Untuk sesiapa yang tidak suka keadaan sebegini, paling sesuai pilih tempat duduk hadapan.

8 – Duduk Seat Depan Untuk Dapat Makanan Best

Pramugara/pramugari selalunya akan mengedarkan makanan/mimuman bermula dari depan. Jadi, jika anda duduk di hadapan, anda boleh pilih daripada variasi makanan yang disediakan. Dan bila tiba di belakang, penumpang lain hanya boleh pilih apa yang tinggal.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: