in

Anak 3 Tahun Positif Dadah: Polis Buru Ayah Tiri Bantu Siasatan

ADVERTISEMENT

Polis sedang memburu ayah tiri dipercayai masukkan dadah dalam tubuh kanak-kanak 3 tahun yang disahkan positif dadah.

Susulan kes tersebut, Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melakukan pengabaian dengan memasukkan dadah dalam tubuh anak tirinya ketika kanak-kanak itu di bawah jagaannya.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan pihak Utusan Malaysia / Kosmo, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada Ahad lalu daripada seorang doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur ketika membuat rawatan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine dan Methapetamine.

“Sebelum itu, ibu mangsa membawa kanak-kanak itu ke hospital pada Khamis lalu untuk rawatan setelah melihat dia berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, siasatan awal mendedahkan mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya sehari sebelum itu pada Rabu lalu di Nilai di sini.

“Sehubungan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek, Mohd. Faresh Khalid, 38, yang bekerja sebagai tukang jahit dengan alamat terakhir di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Sumber: Kosmo

“Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pihak polis juga memohon sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Asisten Superitenden Md. Nurazam Md. Ghazali di talian 013-8005225 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri (011-33330025) serta membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

skim mesra usia emas smue 2.0

SMUE 2.0 (Skim Mesra Usia Emas): Bantuan RM100 Untuk Warga Emas

Komuniti guru digital learning

DELIMa KPM: Modul Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) & Tips PdPR