Tarikh Cuti Thaipusam 2024 & Hari Kelepasan Am Negeri
TARIKH CUTI THAIPUSAM 2024 & SENARAI NEGERI YANG AMBIL CUTI UMUM
Tahukah anda, Hari Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan kesepuluh kalendar Tamil iaitu bulan Thai, yang jatuhnya pada sekitar Januari dan Februari.
Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama Pusam, maka dari situ asal namanya.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu.
Berikut dikongsikan tarikh Hari Thaipusam dan senarai negeri yang mengambil cuti umum sempena perayaan ini di Malaysia.
Tarikh Cuti Thaipusam 2024
Tarikh Cuti Thaipusam bagi tahun 2024 jatuh pada 25 Januari 2024 bersamaan Hari Khamis.
Terdapat beberapa negeri di Malaysia yang memperuntukkan cuti umum untuk sambutan Hari Thaipusam. Antaranya ialah:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Johor
- Negeri Sembilan
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Kedah
NOTA:
- Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 Januari 2024 ini bersempena sambutan Thaipusam.
- Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco pada 3 Januari 2024.
- Ia termasuk Hari Kelepasan Am Negeri, bermaksud tidak semua negeri mengambil cuti umum pada hari ini.
>> JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2024
Perincian cuti Hari Kelepasan AM Persekutuan bagi setiap negeri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh rujuk laman web rasmi berikut: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/
Akhir kata, semoga tahun 2024 memberi sinar baru buat kita semua. Rancang cuti anda dengan baik!