Cara Renew Roadtax Secara Online Melalui MyJPJ | e-LKM

Cara Renew Roadtax Secara Online Melalui MyJPJ | e-LKM

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah mengumumkan satu alternatif baru yang membolehkan rakyat Malaysia memperbaharui cukai jalan kereta dan lesen memandu secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024. 

Dengan ciri terbaru dalam aplikasi MyJPJ, pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan secara digital dengan mudah sekaligus mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Kongsi LKM – Kongsi Lesen Kenderaan Motor Melalui Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ telah dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Februari 2023. Ia adalah sebagai salah satu usaha daripada pihak  kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan JPJ. 

Dengan adanya aplikasi, kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan lesen kenderaan bermotor, yang biasa dirujuk sebagai cakera cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Kini fungsi aplikasi MyJPJ diperluaskan lagi, ia juga boleh digunakan untuk memperbaharui cukai jalan kereta dan lesen memandu secara dalam talian dengan mudah. 

Tambahan lagi, pengguna juga boleh berkongsi cukai jalan digital mereka dengan ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan melalui aplikasi ini. Fungsi terbaru tersebut dikenali sebagai “Kongsi LKM”.

Cara Renew Roadtax Secara Online Melalui MyJPJ | e-LKM

>> Rebat RM5 Bila Renew Roadtax Melalui MyJPJ

Bagi menggalakkan penggunaan ciri pembaharuan ini dalam talian, kerajaan akan memberikan rebat RM5 kepada sesiapa yang memperbaharui lesen memandu secara digital melalui aplikasi tersebut. 

Rebat ini boleh dituntut bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024. 

Cara Muat Turun Aplikasi MyJPJ

Sekiranya anda belum lagi memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda melalui pautan di bawah:

Cara Renew Roadtax Secara Online Melalui MyJPJ | e-LKM

Cara Renew Roadtax e-LKM Online 

Sila rujuk langkah-langkah berikut untuk renew roadtax e-LKM melalui aplikasi MYJPJ:

  1. Buka dan log masuk aplikasi MyJPJ
  2. Klik “Lesen Kenderaan Motor” dan “Pilih Nombor Kenderaan”
  3. Klik “Pembaharuan”
  4. Pilih “Tempoh Pembayaran” dan “Mod pembayaran”
  5. Klik butang “Submit”
  6. Bayaran pembaharuan cukai jalan anda telah pun berjaya dan resit akan dipaparkan untuk siimpanan dan rujukan anda.
  7. Isi maklumat kad kredit / kad debit
  8. Klik butang “Proceed”
  9. Masukkan kod MSOS

Atau, rujuk Infografik dibawah:

Cara Renew Roadtax Secara Online Melalui MyJPJ | e-LKM

Mudah kan?

Tunggu apa lagi, muat turun aplikasi MyJPJ sekarang dan gunakan fungsi terbaru yang disediakan untuk memperbaharui lesen dan cukai kenderaan anda secara digital dengan mudah dan pantas!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: