Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Dividen ASB 2023:  Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Pada 21 Disember 2023, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Sehubungan dengan itu, ramai yang teruja untuk mengetahui berapakah dividen ASB yang bakal diterima setelah menyimpan di akaun ASB masing-masing sepanjang tahun ini. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB secara dalam talian untuk rujukan semua. 

BACA JUGA: Kadar Dividen Tabung Haji 2023, Ini Caranya Untuk Membuat Semakan!

ASB – Amanah Saham Bumiputera

ASB ialah pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan konsisten dan kompetitif, dengan risiko yang minimum. Ia merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.

Pada tahun ini, dividen ASB yang telah diumumkan adalah sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Cara Pengiraan Dividen ASB 2023

Cara pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan formula berikut:

Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Pertama sekali, pastikan anda mengetahui Baki Minimum Bulanan (BMB) selama 12 bulan anda melabur di ASB. 

Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Catat semua baki terendah tersebut untuk 12 bulan. 

Kemudian, campurkan semua BMB untuk 12 bulan tersebut.

Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.

Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Semakan Dividen 

Untuk membuat semakan dividen secara dalam talian, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web ASB: https://www.myasnb.com.my
  2. Log masuk ke laman web tersebut.
  3. Klik menu ‘akaun saya.’
  4. Jumlah baki akan dipaparkan.

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.

Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira
Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Penangguhan Urusniaga ASB

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023

Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.

Dividen ASB 2023: Semakan Dividen ASB & Cara Kira

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut,, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di pautan berikut: www.myasnb.com.my 

Atau, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke: [email protected] 

RUJUKAN: KENYATAAN AKHBAR PNB

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: