TIPS BANJIR: Cara Buat Benteng Halang Air Masuk Rumah, Elak Kerosakan

TIPS BANJIR : CARA BUAT BENTENG PENGHALANG AIR MASUK RUMAH, ELAK KEROSAKAN

Dalam keadaan cuaca hujan akhir-akhir ini, rakyat Malaysia semakin berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan setelah banjir teruk melanda Selangor beberapa hari yang lalu.

Ramai antara kita yang panik dan tidak tahu apa yang perlu diselamatkan dahulu kerana tidak pernah berdepan dengan musibah ini.

Di sini kami terjumpa tips buat benteng penghalang air banjir daripada masuk ke rumah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Radzi Ghani.

Menurutnya, tips inilah yang sering digunakan memandangkan rumahnya sering dinaiki air hampir setiap tahun selama 10 tahun.

Cara ini sesuai digunakan untuk mengurangkan kesan air banjir masuk ke dalam rumah bagi banjir yang tak besar dan berada bawah paras ketinggian 2 kaki.

Jom kita ikuti perkongsian penuh di bawah.

TIPS BANJIR: Cara Buat Benteng Halang Air Masuk Rumah, Elak Kerosakan

Pada mangsa2 banjir & mereka yang duduk dikawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang (kalau ayaq dah masuk dalam rumah baru nak buh.. no use la pulak hehe)

Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda.. dalam gambar di bawah ni cara saya buat benteng dari air banjir masuk rumah (agak sesuai bagi banjir yang tak besar dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki )

tips banjir cara buat benteng air
Nak buat benteng tu tak mahal.
Plastik biru tu ada banyak jual kat hardware..saya guna plastik tu sebab tebal dan tahan lasak…murah jer saya beli tak sampai RM15. Kemudian beli batu bata sikit dan plastersin

Peralatan asas perlu ada:

  1. Plastik ( paling best plastik biru yang jual kat hardware sebab tebal & murah)
  2. Batu bata ( ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
  3. plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)
  4. pam air – tujuannya untuk sedut air jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi di ruangan bilik air. )

(submersible water pump yang harga RM150 ke bawah yang ni ..jika ada sangat bagus..tapi kalau tak ada pun tak apa jika tak cukup bajet..sebaiknya standby satu kat rumah jika rumah anda mmg ada potensi naik air..)

tips banjir cara buat benteng air

Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.

Boleh tengok gambar di bawah, di mana air kat luar 1kaki 5 inci tapi dalam rumah kering..Alhamdulillah.

Air kat luar 1kaki 5 inci tapi dalam rumah kering..Alhamdulillah
tips banjir cara buat benteng air
Plastersin belah dalam untuk pintu sliding
Plastersin belah dalam pintu kayu.
Semua pintu perlu buh plastersin belah dalam dan luar bagi benteng ke 3 selepas batu bata & plastik.
Fungsi plastersin nak sekat air yang jerap dan melepasi benteng batu bata & plastersin.
tips banjir cara buat benteng air
Kat luar rumah paras air 1.2 kaki..dlm rumah kering
Alhamdulillah..agak membantu untuk saya ..sebab banjir rumah saya jarang melebihi paras 2kaki.
tips banjir cara buat benteng air
Rumah saya rumah taman lama..tak de centralise untuk air kumbahan.
So ada 2 outlet kat longkang luar untuk kumbahan ..so oulet ni kalau tak tutup antara punca ayaq masuk ke dalam rumah melalui inlet dalam bilik air.
So . Saya letak pvc pipe macam dalam gambar supaya air banjir tak masuk melalui outlet tu kedalam rumah

Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.

Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.

Jika rumah anda dimasuki air sekalipun ..jangan susah hati

Selepas banjir surut…sila buat tuntutan claim banjir dengan menghubungi syarikat takaful @ insurance rumah anda (bagi yang ada amik perlindungan banjir).

Mereka akan hantar adjuster inspect rumah anda dan in shaa Allah dalam masa 2 minggu pampasan akan dibayar ke akaun anda dengan duit pampasan tersebut dapatlah digunakan untuk baik pulih apa yang rosak dan guna untuk kos pembersihan.

Baca juga:

Semoga bermanfaat dan kita sama2 berdoa agar Allah swt lindungi kita semua..aamiin

Jika anda ada apa2 pertanyaan tentang banjir boleh rujuk hantaran Facebook asal di pautan berikut: https://www.facebook.com/radzi.ghani.9/posts/4647800225256456

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: