Skim Khairat Kematian 2023 (SKK): Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Skim Khairat Kematian 2023 (SKK) ~ Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah mewujudkan satu Skim Khairat Kematian yang berfungsi untuk memberi bantuan kewangan kepada pemohon STR yang telah lulus tetapi meninggal dunia.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Skim Khairat Kematian 2023
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah suatu skim di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa.
Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.
BACA JUGA: MyKasih – Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR B40
Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian 2023
Berikut adalah senarai ketetapan bagi kategori yang layak untuk menuntut SKK:
- Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
- Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
- Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
- Urusan tuntutan SKK
- Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
1. Pasangan
2. Ibu
3. Bapa
4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
5. Adik-beradik
6. Cucu
BACA JUGA: Semakan BMT RISDA – Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2023
Cara Memohon SKK
- Tuntutan SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
- Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
- Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
- Kad Pengenalan asal Waris; dan
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii))
Jumlah Bayaran SKK
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Pembayaran SKK
Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:
- Tarikh Kematian: 01 Januari 2023 – 31 Disember 2023
- Tarikh Tuntutan: Mulai 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023
FAQ – Skim Khairat Kematian 2023 (SKK)
Sila rujuk soalan-soalan lazim mengenai skim ini dengan memuat turun fail PDF berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SKK 2023, sila hubungi talian berikut: 03-8882 4666/03-8882 9089 atau, layari laman web berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skk.html