Semakan BMT RISDA: Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2022

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) UNTUK PEKEBUN KECIL

Seramai 232,319 Pekebun kecil dan Penoreh Getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima bayaran kedua Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 yang akan dibayar RM300 seorang pada 24 Disember 2021

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau singkatannya RISDA mewujudkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

Bayaran bantuan ini akan dibuat dalam 2 fasa bagi tahun 2021, iaitu pada November dan Disember 2021.

Bayaran BMT RISDA ini telah dibuat kepada penerima yang layak.

Pemohon boleh membuat semakan status dan pembayaran secara online.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BMT RISDA 2021 ini.

bmt risda 2021

Baca juga : Geran Agropreneur Muda RM20,000 Untuk Belia 18-40 Tahun (2021)

Syarat Kelayakan Permohonan Baharu Bantuan Musim Tengkujuh 2021 (BMT 2021)

RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah bagi tahun 2021.

Sekiranya anda penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini, sila kemaskini maklumat secara online di Portal RISDA bermula 15 September 2021.

Bagi pemohon baru pula, sila fahamkan syarat kelayakan dan anda boleh buat permohonan dengan melengkapkan borang.

Berikut adalah syarat kelayakan BMT 2021.

Pekebun Kecil RISDA

  1. Warganegaa Malaysia
  2. Pelebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Warganegaa Malaysia
  2. Pelebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Mempunyai kad PAT-G yang masih sah.

Rujuk syarat-syarat lanjut melalui infografik di bawah:

Bantuan musim tengkujuh

Cara Permohonan Baru Bantuan Musim Tengkujuh 2021

Bagi pemohon baru, permohonan boleh dibuat dimana-mana pejabat RISDA.

Sila ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mendapatkan maklumat dan membuat temujanji ke Pejabat RISDA terdekat.

Rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui infografik di bawah:

Cara Kemaskini BMT 2021

Untuk membuat kemaskini, sila rujuk langkah berikut:

  1. Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.
  2. Login menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Kemaskini butiran maklumat anda.
  4. Tekan butang Simpan (SAVE) setelah semua maklumat dimasukkan.

Baca juga: Dah Lengkap 2 Dos Vaksin Tetapi Belum Ada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini

Tarikh Bayaran BMT Fasa 1 & Fasa 2

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu :

  • Fasa 1 : Bayaran RM300 pada November 2021
  • Fasa 2 : Bayaran RM300 lagi pada 24 Disember 2021.

Pekebun kecil dan Penoreh Getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima bayaran kedua Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 yang akan dibayar RM300 seorang pada 24 Disember 2021

Difahamkan sudah ada yang telah menerima jumlah bayaran bantuan ini yang dikreditkan melalui bank masing-masing.

Cara Semakan BMT 2021

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Maklumat Lanjut

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi RISDA di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau boleh juga menghubungi mana – mana Pejabat RISDA berhampiran.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *