in

30 Skim Bantuan Zakat MAIWP 2021. Ini Syaratnya & Cara Permohonan

skim bantuan maiwp zakat
ADVERTISEMENT

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon Bantuan Zakat MAIWP.

Antaranya ialah orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Terdapat lebih 28 Skim Bantuan Zakat MAIWP yang dikhususkan untuk permohonan.

30 Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP

Berikut adalah Skim Bantuan Zakat tersebut, seperti yang tertera di laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pembangunan Asnaf

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Takaful Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan dan AM)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah
  • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
bantuan zakat maiwp 2020

Tempat Tinggal

  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
bantuan zakat maiwp

Berdikari

  • Bantuan Perniagaan
  • Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  • Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah / Lori Pick Up ( Perniagaan )

Pendidikan

  • Bantuan Am Persekolahan
  • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  • Bantuan Tuisyen
  • Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
  • Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
  • Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  • Bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang
bantuan zakat maiwp

Baca juga: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Pembangunan Ummah

  • Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
  • Bantuan Institusi Tahfiz

Syarat Umum Bantuan Zakat MAIWP

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah*
  • Terdapat syarat khusus yang berbeza-beza bagi setiap bantuan yang bergantung kepada jenis skim yang dimohon.
bantuan maiwp

*Apakah Had al-Kifayah?

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan).

Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa.

Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu :

  • Perlindungan – Perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  • Makanan – Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  • Pakaian – Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  • Perubatan – Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  • Pendidikan – Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan
  • Pengangkutan – Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon.

Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon.

ADVERTISEMENT

Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Semak kelayakan pendapatan anda melalui Kalkulator Had al-Kifayah di SINI.

Cara Permohonan

Anda boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

ATAU

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau Kaunter Permohonan yang terdapat di :

  • PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
  • PAZA Cawangan Parlimen Batu
  • PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
  • PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
  • PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
  • PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
  • PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
  • PAZA Cawangan Setiawangsa
  • PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
  • PAZA Cawangan Parlimen Segambut
  • PAZA Cawangan Labuan

Borang Bantuan Zakat MAIWP

Borang bantuan Zakat boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Borang Bantuan Umum : Lampiran B BORANG BANTUAN BAITULMAL.pdfDownloadDetails

Borang Permohonan Program Tunas Usahawan Baitulmal : borang_tunasmaiwp.pdf

Jumlah Bantuan Yang Diterima

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

Baca juga: BPR 2021: Semakan Kelayakan Mengikut Kategori Isi Rumah / Bujang

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan zakat di MAIWP, sila layari laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

ATAU

Hubungi:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR,
No. Tel : 03- 4047 9444
No. Faks : 03- 4044 9444

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

iktisass selangor

IKTISASS: Permohonan Program Kemahiran Teknikal & Elaun Sara Diri RM1000 Sebulan

daftar bantuan prihatin rakyat

Bantuan Prihatin Rakyat: Daftar Sebelum Hujung Januari 2021