Rumah Harapan Rakyat 2023 : Syarat & Borang Permohonan

Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) Tahun 2023 dibuka dari 16 Januari 2023 hingga 14 April 2023.

Tahukah anda apakah RHR ini dah apakah syarat-syarat serta kelebihannya?

Berikut dikongsikan maklumat lengkap untuk rujukan bersama.

Apakah Itu Program Rumah Harapan Rakyat 2023?

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.

Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Bagi tahun 2023, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.

Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

  • Harga Seunit – RM85,000.00
  • Pinjaman Pembiayaan – RM75,000.00
  • Bayaran Deposit 5% – RM3,750.00
  • Bayaran Balik – RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
rumah harapan rakyat rhr 2023

Tarikh Permohonan

16 Januari 2023 hingga 14 April 2023

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Keutamaan diberikan kepada yang berkahwin.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah (Hak Milik Penuh/Perkongsian), tanah tersebut hendak bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Cara Permohonan

  1. Muat turun borang di laman sesawang PKNNS melalui pautan https://www.pknns.gov.my/
  2. Atau dapatkan borang permohonan manual di Bahagian Pembangunan Strategik, PKNNS.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Bahagian Pembangunan Strategik PKNNS.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami).
  3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin.
  4. Salinan Sijil Nikah/Salinan Daftar Perkahwinan/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian.
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir/Mykid Anak atau Tanggungan.
  6. Salinan Penyata Akaun Bank 3 Bulan Terkini Pemohon.
  7. Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat Dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika Berkaitan).
  8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 Bulan Terakhir (Jika Berkaitan).
  9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 Bulan Terakhir (Jika Berkaitan).
  10. Surat Pengesahan Pendapatan Yang Telah Lengkap Diisi Dan Disahkan (Jika Berkaitan).
  11. Penyata KWSP Pemohon (Jika Berkaitan ).
  12. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika Berkaitan).
  13. Gambar Rumah Terkini (Jika Ada).
  14. Gambar Tapak Cadangan.
  15. Salinan Hakmilik Tanah.
  16. Salinan Sijil Carian Rasmi.
  17. Pengesahan Ketua Adat (Jika Berkaitan).
  18. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika Berkaitan).
  19. Maklumat e-Kasih (Jika Berkaitan)

Semua dokumen Salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua / Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK)

Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Maklumat lanjut dan muat turun borang di www.pknns.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: