BigPay eWallet: Kelebihan, Pendaftaran & Tuntutan Kredit eBelia RM150
Inisiatif eBelia dari kerajaan Malaysia baru saja diumumkan dan belia yang layak boleh menuntut kredit percuma RM150 dari 4 penyedia eWallet rasmi – salah satunya BigPay Malaysia.
Di sini kami kongsikan cara pendaftaran BigPay eWallet dan beberapa kelebihan untuk penggunanya.
Apakah BigPay eWallet?
BigPay adalah e-dompet yang diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah cashless society.
Berbeza dengan eWallet yang lain seperti ShopeePay atau GrabPay, antara fungsi utamanya adalah untuk membuat pertukaran mata wang asing secara digital.
Pengguna juga mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menggunakan wang kerana ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi mobile dan Mastercard ala prepaid card.
Jadi, untuk anda yang sering berulang-alik atau mengirim wang ke Singapura atau Indonesia, aplikasi ini memang sangat berbaloi!
Ia merupakan kelebihan utama BigPay berbanding pesaing-pesaing eWallet yang lain di Malaysia seperti ShopeePay, Boost, Touch n Go dan sebagainya.
Selain itu, beberapa kejutan bonus juga disediakan untuk sesiapa sahaja yang menuntut wang eBelia mereka dengan BigPay!
Baca juga: Cara Daftar Boost eWallet & Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia
Cara Daftar BigPay
Untuk mendaftar sebagai pengguna BigPay eWallet, sila rujuk langkah berikut:
- Muat turun aplikasi BigPay melalui pautan berikut: https://www.bigpayme.com/
- Daftar sebagai pengguna dengan menekan butang Sign Up
- Buat pengesahan untuk proses verifikasi.
- Selesai! Anda boleh menggunakan eDompet BigPay sebaik sahaja anda membuat tambah nilai atau menerima wang melalui eBelia.
NOTA: Kad prepaid Mastercard BigPay akan dihantar dalam proses 5-7 hari selepas membuat pendaftaran.
NOTA: Anda boleh mendapat tambahan kredit percuma RM20 apabila anda mendaftar dengan kod promo PCEBELIABP
Cara Tebus Kredit Percuma eBelia RM150
Untuk apa eBelia dan untuk siapa?
eBelia adalah program dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Anggaplah ia sebagai hadiah daripada kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang sama ada:
- Antara 18 dan 20 tahun pada tahun 2021 (lahir antara tahun 2001 dan 2003), ATAU
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma, SKM4 atau ke atas, di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar
Mulai 1 Jun 2021, anda dapat menuntut RM150 dengan BigPay.
Jangan risau, prosesnya sangat mudah:
- Daftar untuk akaun BigPay atau log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan jika anda sudah menjadi salah satu pengguna aplikasi tersebut.
- Pergi ke menu ‘Payment’ dan tekan ikon ‘eBelia’
- Klik ‘Apply Now’ dan anda akan diarahkan ke laman web program eBelia
- Masukkan semua maklumat anda untuk proses verifikasi.
Itu sahaja!
Sebaik sahaja akaun dan profil anda disahkan dan layak untuk Program eBelia ini, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan anda akan menerima kredit percuma RM150.
Mudah kan?
Maklumat Lanjut