Permohonan Zakat Sara Hidup USM Bagi Pelajar 2020/2021

Untuk makluman, permohonan Bantuan Zakat Sara Hidup USM Tahun 2020 kini dibuka bagi pelajar tahun 2020 dari 26 November sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 DISEMBER 2020.

Pemprosesan borang permohonan akan bermula pada bulan Disember 2020 sehingga tamat.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Sara Hidup Pelajar USM

  • Muslim
  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM
  • Tidak menerima sebarang tajaan dan biasiswa atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah

NOTA: PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SARA HIDUP PELAJAR USM SEDIADA tidak perlu memohon lagi berikutan data maklumat akan digunapakai sehingga tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda selama tempoh 4 tahun sahaja.

Cara Permohonan Bantuan Zakat Sara Hidup USM 2020 / 2021

  1. Muat turun borang di sini : https://bit.ly/37NSjHJ
  2. Isi butiran dengan lengkap
  3. Hantar borang secara online atau manual melalui:

PERINGATAN : Hanya borang yang lengkap akan diproses untuk selanjutnya.

Pemohon tidak perlu memohon lagi sekiranya permohonan telah diluluskan. Kelulusan permohonan akan tamat pada tempoh berakhirnya pengajian Ijazah Sarjana Muda – Tempoh 4 Tahun.

Borang yang telah dihantar sebelum ini tidak lengkap. Sila lengkapkan borang dan dokumen seperti dalam muat turun borang.

Pemakluman pengkreditan wang bantuan Zakat Sara Hidup akan dimaklumkan melalui Whatsapp.

Baca juga: i-Sinar: Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibuka Untuk Semua Ahli Terjejas

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen yang perlu dilampirkan ialah:

  1. Borang Permohonan Skim Bantuan Zakat Sara Hidup
  2. Salinan Kad Matrik
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  4. Salinan keputusan peperiksaan yang terkini (kecuali pelajar semester 1)
  5. Salinan Akaun Bank (BIMB/ CIMB/ BSN/ Maybank)* sahaja. Pastikan maklumat Nama & No. Akaun dan Nama Bank adalah jelas
  6. Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan/ Surat Akuan (jika bekerja sendiri / tidak bekerja)*/ Jika pencen sila nyatakan salinan yang dicetak dari laman web JPA
  7. Salinan surat pengesahan sakit/rawatan kesihatan / kematian / penceraian (sekiranya ada)
  8. Surat mengukuhkan lagi permohonan (sekiranya ada)

Nota:

  • Salinan dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ PTJ/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
  • Pengesahan untuk pendapatan ibubapa/penjaga/waris HANYA boleh disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Baca juga: Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan zakat boleh disalurkan dengan menghubungi pasukan Pusat Islam USM seperti berikut:

USTAZ ZAYD ZHARI
(Timbalan Pengarah, Pusat Islam USM)
Emel: [email protected]
Whatsapp: 013-408 7001

USTAZ MOHD FAKRUR AMIRUL MOHD RODZI
(Ketua Sektor, Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat)
Emel: [email protected]
Whatsapp: 013-744 4214

ENCIK NOR FAKHRY SYAHIR BIN NORZILAN
(Pembantu Tadbir, Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat)
Emel: [email protected]
Whatsapp: 017-480 6517

USTAZAH NOR FADHILAH WAHAB
(Penolong Pengarah Kanan, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan)
Emel : [email protected]
Whatsapp : 013-4894979

USTAZ MOHSIN SIRUN
(Penolong Pengarah Kanan, Kampus IPPT, Bertam)
Emel : [email protected]
Whatsapp : 019-4319447

Dapatkan info terkini dari Telegram Channel Pusat Islam USM:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: