in

Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS

lanjutan moratorium maybank

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Bantuan Bayaran Balik Bersasar dan Lanjutan Moratorium Maybank disediakan untuk pelanggan yang memerlukan bantuan selanjutnya setelah moratorium tamat.

Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Berikut adalah cara membuat permohonan untuk B40, M40 dan PKS yang terjejas.

i) Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40

Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan melalui Belanjawan 2021 dan Bank Negara Malaysia pada 6 November 2020, Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.

Pelanggan yang layak boleh memilih untuk:

  • Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
  • Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Baca juga: i-Sinar: Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibuka Untuk Semua Ahli Terjejas

Syarat Permohonan

Pelanggan individu yang layak bagi tambahan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar seperti diumumkan pada 20 Nov 2020 adalah:

NOTA:

  1. Hanya pelanggan yang pinjaman / pembiayaannya diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja.
  2. Tidak termasuk Kad Caj dan individu yang dibawah prosiding muflis atau penghakiman.

ii) Bantuan Bayaran Balik Untuk M40

Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.

Contoh dokumen tersebut termasuklah:

  • Untuk pelanggan dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini
  • Untuk pelanggan bekerja sendiri :
    • Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan
    • Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan
  • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
  • Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Maybank B40 & Bantuan Bayaran Balik M40

lanjutan moratorium maybank
  1. Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Klik COVID-19 Assistance
  3. Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda
    • Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)
    • Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)
  4. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke [email protected]
  5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.
  6. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.
lanjutan moratorium maybank

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS

Bagi PKS yang terjejas, anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat  [email protected] dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Tarikh Permohonan

Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Sekiranya diluluskan, ia akan dilaksanakan mulai 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Baca juga: Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam Mulai 23 Nov 2020

Maklumat Lanjut Tentang Lanjutan Moratorium Maybank

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

jadual waktu solat selangor

Jadual Waktu Solat Selangor 2021 / 1442-1443H [Muat Turun PDF]

punca cirit-birit bayi dewasa

Cirit-Birit: Punca, Cara Mengatasi, Petua, Ubat & Rawatan