Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Login, Semak Status Kemaskini

Kenyataan Media Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
16 Januari 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri 

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Baca juga: BTR 2023 – Bantuan Tunai Rakyat (Tarikh & Kadar Bayaran)

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
status str sumbangan tunai rahmah

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022

Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Soalan Lazim STR 2023

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2023 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

kemaskini str
kemaskini str
kemaskini str

Muat turun PDF :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: