in ,

Ganti Mykad Dalam Masa 30 minit, Ini Senarai JPN Terpilih di Malaysia

ADVERTISEMENT

Tidak perlu tunggu lama , kini permohonan gantian Mykad boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja bermula hari ini.

Info ini dimaklumkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook mereka 1 Ogos lalu.

ADVERTISEMENT

Namun, proses ini tertakluk kepada pejabat-pejabat yang disenaraikan sahaja di seluruh Malaysia. Menurut JPN, permohonan gantian Mykad yang mempunyai masalah seperti cap jari rosak dan kehilangan buat kali ketiga akan diproses dalam tempoh 3 bulan seperti biasa.

Proses gantian Mykad yang boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit ini boleh dilakukan di 40 pejabatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai 40 pejabat JPN berdekatan yang anda boleh kunjungi.

Baca juga: MyPhone-In JPN: Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Dalam kemaskini JPN pada 30 Julai, semua urusan perkhidmatan kaunter adalah berdasarkan janji temu bermula 1 Julai 2021. Tambah JPN, urusan tanpa bukti janji temu atau walk-in adalah tidak dibenarkan.

Syarat Permohonan

  • Memohon gantian kad pengenalan hilang dan membuat temujanji secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Jadi seeloknya semak dahulu dengan Pegawai Perhubungan JPN berkaitan temujanji ini. Permohonan janji temu online boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected]

Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kebaikan Mandi Air Panas Sama Seperti Bersukan? Ini Penjelasan Pakar

Xiaomi Mi 11T Pro Bakal Tiba Di Malaysia. Ketahui Lebih Lanjut Disini