10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa Yang Ringkas & Padat

DOA-DOA PILIHAN KETIKA MENJELANG WAKTU BERBUKA PUASA

PINJAMKAN SEMINITMU

Ramadan sering disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa, penuh keberkatan, rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan buat umat Islam.

Banyak ganjaran yang boleh dikecapi di bulan mulia ini, antaranya berdoa sebelum berbuka puasa. Namun, berapa ramai di antara kita yang terlepas akan peluang ini kerana terlalu leka menonton televisyen, membelek telefon bimbit, sedar-sedar waktu berbuka sudah pun tiba hingga tidak sempat berdoa. Allahu Akbar rugi rasanya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”

(HR Ibn Majah, hadis hasan)

Subhanallah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpuasa kemudian berdoa sebelum berbuka. Allah SWT tidak akan menolak doa tersebut.

Masih belum terlambat untuk jadikan Ramadan kali ini dengan perbanyakkan doa.

Disini, kami kongsikan 10 DOA PILIHAN MENJELANG WAKTU BERBUKA PUASA yang boleh diamalkan bersama.

1) DOA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN

Daripada Makhul, ketika masuknya bulan Ramadan beliau berdoa:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

(Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam Kitab al-Du’a)

2) DOA MEMOHON KEBAIKAN BAGI KEDUA IBU BAPA

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

(Surah Ibrahim 14: 41)

3) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ATAS KEZALIMAN DIRI SENDIRI

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: “Ya Allah, kami telah menzalimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.”

(Surah al-A’raf 7: 23)

4) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”

(Surah al-Mukminun 23:109)

5) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 8)

6) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”

(Surah al-Furqan 25:74)

7) DOA AGAR DIANUGERAHKAN KETURUNAN YANG MENJAGA SOLAT

Firman Allah SWT:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

(Surah Ibrahim 14:40)

8) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR

Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

(Surah al-Naml 27: 19)

9) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.

(Surah al-Hasyr 59:10)

10) DOA AGAR SENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Firman Allah SWT:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي،
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي، يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah ikatan lidahku, agar mereka memahami perkataanku.”

(Surah Taha 20:25-28)

Mudah-mudahan, senarai doa ini dapat memberi rujukan buat semua dalam meningkatkan kuantiti berdoa di bulan Ramadan. Mari bersama, luangkan masa sebelum berbuka untuk memanjatkan doa kepada yang Esa.

Usah biarkan diri tergolong dalam kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa manfaatnya.

Asma’ Binti Harun


Sumber: Ustazah Asma’ Harun

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: