Meninggal Dunia Selepas Diselamatkan, Ini Kronologi Tragedi Adik Rayan
TRAGEDI ANAK KECIL BERUSIA 5 TAHUN, RAYAN, TERJATUH KE PERIGI PADA KEDALAMAN 32 METER DI TAMAROT, MAGHRIBI
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Rayan disahkan meninggal dunia selepas hampir 100 jam misi mencari dan menyelamat dijalankan.
Rayan sempat diperiksa pasukan perubatan, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat tiba, lapor agensi berita Al Arabiya.
KRONOLOGI KEJADIAN
Seorang kanak-kanak lelaki bernama Rayan yang berusia 5 tahun telah terperangkap hampir 5 hari setelah dia terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter dan berukur lilit 25 sentimeter sahaja.
Khabarnya semasa kejadian itu, Rayyan sedang ikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering yang berada berhampiran rumah.
Semasa bapanya sedang sibuk, Rayyan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut lalu terjatuh ke dalamnya. Tidak lama kemudian, bapanya mula sedar yang anaknya hilang.
Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu.
Bapa Rayyan meminta penduduk kampung untuk membantu menyelamatkan anaknya namun tidak berjaya.
Sehingga akhirnya perlu meminta bantuan pasukan penyelamat untuk meneruskan misi pencarian.
Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.
Strategi disusun sebaiknya dan pihak berkuasa di sana sedang berusaha bertungkus-lumus menyelamatkan Rayyan.
Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.
Difahamkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.
Ketika penggalian dan misi menyelamat, air dan oksigen disalurkan menerusi paip.
Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersama sebuah kamera).
Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).
Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.
Penggalian perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.
Setiap korekan diambil kira sektor struktur pergerakan tanah dan menyediakan plan lain juga harus ada. Mereka tidak mahu misi ini berakhir dengan kemalangan yang mampu melibatkan kehilangan nyawa.
Ketika berjaya ditemui, anak kecil ini telah berada lebih 5 hari di kedalaman perigi tersebut.
Kejadian ini telah mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia.
Ramai yang turut sebak dan terus mendoakan agar kanak-kanak ini dapat ditemui dengan selamat.
Namun hari ini, satu dunia bersedih setelah mengetahui berita pemergiannya.
Menurut Gulf News, akibat daripada insiden ini, Rayan mengalami patah tulang, kecederaan peparu dan otak selepas diperiksa oleh doktor.
Berikut serba sedikit kronologi terperinci yang dilaporkan oleh media antarabangsa:
(*Turutan terkini – terdahulu)
Sumber: Gulf News
Berita pemergian adik Raya telah disahkan melalui media oleh Raja Mohamed VI yang telah menghubungi keluarga Rayan secara terus untuk mengucapkan takziah melalui panggilan telefon.
Rujukan: https://alhijrahnews.com/rayan-disahkan-meninggal-dunia/, Morocco World News, Gulf News
Baca juga: Seakan Kisah Adik Rayan, Ini 4 Filem ‘Terperangkap’ Yang Suspen & Menyayat Hati