2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dibatalkan Kelulusan Oleh MDA
PEMBATALAN KELULUSAN BERSYARAT (CONDITIONAL APPROVAL) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memaklumkan bahawa pihak mereka telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi dua jenis kit ujian kendiri Covid-19.
2 kit yang tersebut adalah:
- Innovac Technology Sdn. Bhd.
- Pengilang : Anhui Deepblue Medical Technology Co. Ltd P.R. China
- Conan Medical Technology Berhad
- Pengilang : Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd P.R China
“Pembatalan ini dibuat kerana establismen tersebut telah GAGAL mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa SERTA-MERTA.”
“MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.”
Perkara ini dimaklumkan oleh Medical Device Authority di Facebook mereka.
Pengguna disarankan agar TIDAK membeli atau menggunakan kit ujian kendiri C-19 ini.
Rata-rata pengguna mengaitkan isu ini dengan cop piawaian SIRIM pada pelitup muka yang tular tempoh hari.
Selain itu, ada juga pengguna yang mengatakan mereka hampir terbeli produk RTK tersebut kerana ia baru dikuatkuasakan sebentar tadi serta masih dijual secara berleluasa di farmasi.
Sementara itu, terdapat juga yang mempersoalkan apa yang patut dilakukan jika telah mempunyai kit ujian ini di rumah.
Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar lebih berwaspada dan alert dengan makluman oleh Kerajaan dan Medical Device Authority Malaysia (MDA).
Untuk info terkini, sila ikuti laman rasmi Medical Device Authority Malaysia (MDA) di pautan berikut:
https://www.facebook.com/MedicalDeviceAuthority/
Baca juga: Kompaun Pelitup Muka Tanpa Cop SIRIM Hanya Untuk Pengilang & Pengimport – KPDNHEP