Semakan Keputusan MUET 2022 (Sesi 3 Tahun 2022)
Semakan Keputusan Muet Sesi 3 Tahun 2022
Keputusan MUET boleh disemak pada 12 Januari 2023 seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Berikut dikongsikan info lanjut tentang MUET dan cara serta kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan peperiksaan MUET.
Apakah MUET?
MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM.
MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Komponen Ujian MUET
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit
- 800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit
- 800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang memerlukan kamu menulis esei selama 90 minit
Cara Semakan Keputusan MUET 2023
Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2022 boleh disemak mulai 12 Januari 2023, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.
- Keputusan MUET secara Online
- Sila layari pautan ke Majlis Peperiksaan Malaysia
- https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
- Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT
- Keputusan MUET melalui SMS
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
SISTEM PEMARKAHAN MUET
Untuk makluman calon, Ujian MUET akan diberi markah berdasarkan berikut:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
- 800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
- 800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah
Jumlah mata penuh ialah 300 markah, dan keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band.
Maksud Band 1- 6:
Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 – Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
(Sumber: Made In UITM)
Baca juga:
- Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 KPM (Dari 1 Mac 2022)
- Tarikh Cuti Hari Wesak 2022
- Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker. Mudah, Cepat & Lembut Elok Je
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.
- Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
- Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
- Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.
Selamat membuat Semakan Keputusan ujian MUET.
Kami mengucapkan Tahniah kepada calon peperiksaan MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Moga keputusan yang cemerlang membolehkan anda untuk terus berjaya dalam bidang pengajian tinggi pilihan anda.
Info lanjut, sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan http://www.mpm.edu.my ATAU Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia