10 Idea Hadiah Hari Guru Yang Berguna dan Menarik!

Sempena Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah pasti ramai yang sedang tercari-cari hadiah hari guru yang istimewa untuk para guru yang tercinta. Hadiah adalah merupakan salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru. 

Sekiranya anda tidak mempunyai idea hendak memberikan hadiah apa, anda boleh rujuk senarai hadiah untuk guru seperti yang telah disenaraikan di bawah. Hadiah-hadiah yang disenaraikan sangat sesuai untuk guru lelaki mahupun perempuan dan paling penting, mesra poket pelajar. 

BACA JUGA: MSSM 2023 – Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia

10 Idea Hadiah Hari Guru Yang Berguna & Menarik

1. Mug

Walaupun kelihatan seperti biasa-biasa sahaja, namun mug adalah merupakan hadiah Hari Guru yang paling popular dan juga berguna untuk para guru. Bolehlah guru anda gunakan untuk membancuh air panas sambil menyemak kerja rumah yang diberikan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hiasan di atas meja guru. Bajet sebuah mug dalam RM10 kebawah. 

hadiah hari guru

2. Set Alat Tulis

Bukan para pelajar sahaja yang perlukan set alat tulis tau. Guru anda pasti suka apabila mendapat hadiah set alat tulis. Setiap bulan mereka pastikan memperuntukkan bajet untuk membeli alat tulis bagi kegunaan dalam sesi pengajaran mereka. Anda boleh DIY kit alat tulis ni seperti gambar di bawah. Bajet pun bawah RM10 untuk satu set. Memang berbaloi!

 Hadiah Hari Guru
 Hadiah Hari Guru

3. Kotak Pensil

Anda boleh belikan sekali kotak pensil sekali dengan set alat tulis. Barulah lengkap. Kotak pensil adalah merupakan hadiah yang sangat praktikal untuk para guru. Ia boleh digunakan untuk mengisi barang keperluan mengajar seperti marker pen dan juga alat tulis yang anda berikan. Harganya juga berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar. 

4. Pencetak (Printer)

Pencetak adalah merupakan salah satu item yang sangat berguna untuk seorang guru. Sudah pasti banyak kegunaannya untuk sesi pengajaran. Dengan adanya pencetak sendiri, ia lebih memudahkan kerja guru anda. 

Walaupun agak mahal, anda boleh berkongsi duit dengan rakan sekelas untuk membelinya. Pasti guru anda akan terharu apabila menerimanya dan sangat menghargai usaha anda bersama rakan-rakan. Bajet untuk pencetak biasanya RM400 ke bawah. 

5. Kingston Flash Drive

Kingston flash drive adalah merupakan alat penyimpan data yang boleh dibawa kemana sahaja. Dengan saiznya yang kecil, ia memudahkan para guru untuk menyimpannya di dalam kotak pensil. Ia boleh digunakan untuk menyimpan banyak dokumen serta bahan mengajar. 

6. Alat kawalan jauh laser tanpa wayar

Alat kawalan jauh laser tanpa wayar akan memudahkan para guru untuk mengajar di dalam kelas terutamanya apabila guru anda suka menerangkan bahan mengajarnya menggunakan alat bantuan mengajar seperti Power Point dan sebagainya. Proses pembelajaran di dalam kelas juga akan menjadi lebih lancar. 

7. Botol air/Tumbler

Sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sudah pasti sangat memenatkan. Apabila menggunakan banyak tenaga dan juga suara, guru anda pasti dahaga. Oleh itu, hadiah botol air/tumbler pasti akan sangat disukai oleh guru anda.

hadiah hari guru

8. Pen Penanda Papan Putih (Deli Whiteboard Marker Refillable)

Pen penanda papan putih (Deli Whiteboard Marker Refillable) adalah merupakan salah satu hadiah hari guru yang sangat berguna. Pen penanda papan putih ini boleh diisi semula apabila inknya sudah habis. Ia akan membantu guru anda untuk berjimat tanpa perlu membeli pen penanda yang baru setiap kali kehabisan ink. 

9. Set Bakul Makanan

Untuk hadiah yang lain daripada yang lain, anda boleh tiru idea hadiah guru oleh puan Aryati Sarah ini. Beliau memberikan hadiah set bakul makanan yang terdiri daripada bahan-bahan masakan Tomyam untuk guru-guru anaknya. Bajet pun dalam RM20 ke bawah untuk satu bakul. Menarikkan?

Hadiah Hari Guru

10. Tuala Mandi/Muka

Untuk hadiah yang ‘personalized’, anda boleh berikan tuala mandi/muka dengan ucapan hari guru. Tempah sahaja dekat Shopee. Mudah dan murah pula tu. Siap boleh minta tulis nama guru yang anda ingin berikan hadiah tersebut. 

Hadiah Hari Guru

Antara idea hari guru lain yang anda turut boleh berikan ialah seperti:

  • Pasu bunga
  • Hiasan meja
  • Coklat
  • Bunga 
  • Penanda buku
  • Tasbih digital
  • Sejadah mini
  • Kerongsang

Hadiah Hari Guru tidak semestinya perlu yang mahal-mahal. Sebagai ibu bapa anda perlu kreatif untuk menjadikan hadiah daripada anak anda kepada guru mereka istimewa walaupun dengan bajet yang rendah. 

Akhir kata, Selamat Hari Guru!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: