INSAN-i: Cara Membuat Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar BSN
BSN MYRINGGIT INSAN-i (Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP): Pinjaman Kwsp Bercagar Oleh Bank Simpanan Nasional
Untuk pengetahuan anda, Bank Simpanan Nasional adalah merupakan salah satu bank yang menawarkan pinjaman KWSP bercagar (Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP).
Hal ini adalah berikutan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai perincian mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum KWSP membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.
Permohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
BACA JUGA: Pinjaman Cagaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)
INSAN-i: Pinjaman Kwsp Bercagar Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai INSAN-i atau BSN MYRINGGIT INSAN-i bermula 14 April 2023.
NOTA: Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Berikut adalah maklumat pembiayaan BSN MYRINGGIT INSAN-i:
Kadar Keuntungan | *KAS + 1.75% |
Had Pembiayaan | Minimum: RM3,000Maksimum: RM50,000 |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu. |
Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan | Tunai di kaunter BSNArahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction)Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lainIBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN |
Syarat Kelayakan Pemohon
- Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
- Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
- Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
- Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan
Semakan Kelayakan
Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP anda melalui pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Kemudian, anda boleh menyemak kelayakan melalui i-Akaun anda. Jika anda mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP, maka anda layak untuk membuat permohonan.
- Anda boleh teruskan permohonan di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB).
NOTA: Anda boleh mendaftar atau aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Tarikh Permohonan BSN MYRINGGIT INSAN-i
Permohonan pinjaman cagaran KWSP oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka secara dalam talian bermula 14 April 2023 hingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN. Semua permohonan mesti diterima oleh pihak BSN Bank pada atau sebelum 4 April 2024.
Cara Membuat Permohonan BSN MYRINGGIT INSAN-i
- Layari laman web rasmi BSN di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
- Klik “MOHON SEKARANG”
- Anda akan dibawa ke sebuah halaman KESEDARAN DAN KEFAHAMAN MENGENAI FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 untuk memberi persetujuan mengenai terma dan syarat yang ditetapkan sebelum meneruskan permohonan. Baca dan fahami. Sekiranya bersetuju anda boleh tandakan kotak YA dan klik “SETERUSNYA”.
- Anda akan diminta untuk mengIsi nama penuh dan kad pengenalan bagi semakan kelayakan.
- Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
- Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
- Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap.
- Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
- Anda boleh menyemak status permohonan melalui pautan https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
- Borang Permohonan (atas talian).
- Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
- Penyata Pendedahan Produk.
- Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
- Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
- Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.
NOTA:
Untuk membuat permohonan melalui MBSB Bank (IHSAN-i), sila rujuk cara-caranya di sini :
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai BSN MYRINGGIT INSAN-i, anda boleh rujuk/layari/hubungi:
A. Laman Web Rasmi Bank Simpanan Nasional: https://www.bsn.com.my/page/Insan-i?lang=ms-MY&csrt=10631751501013483797
B. Talian Hotline BSN: 1300 88 1900
C. Ikuti Facebook Rasmi BSN: BSN Malaysia
D. Rujuk FAQ melalui PDF: (Klik untuk muat turun)