MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan

MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan ~ Sukacita dimaklumkan terutamanya kepada rakyat Johor Bahru, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bagi mengurangkan beban kos pengangkutan di Johor Bahru menerusi Belanjawan 2023, iaitu Pas Transit MyBAS50. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Pas Transit MyBAS50

MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan

Pas Transit MyBAS50 adalah satu pas perjalanan bas berharga RM50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada Warganegara Malaysia untuk menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

Pas ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke di Johor Bahru pada 28 Mac 2023.

Objektif pas ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos pengangkutan pengguna bas. Secara tidak langsung, ia boleh membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas setiap hari.

Pas ini boleh digunakan secara rasmi bermula 1 April 2023 di kesemua 19 laluan MyBAS Johor Bahru. Anda boleh rujuk senarai laluan bas di aplikasi berkaitan.

BACA JUGA: Rumah Transit Bangsa Johor – Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Syarat Kelayakan 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk melanggan pas ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.

Cara Melanggan/Mendaftar

Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 iaitu; melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.

A. Melalui Kaunter (MyKad)

MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan
  1. Pergi ke kaunter Causeway Link/ManjaLink yang berikut:
  • JB CIQ
  • KSL City Mall
  • TF Value-Mart Nusa Bestari
  • Terminal Bas Gelang Patah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  • Terminal Bas Kulai
  1. Serahkan MyKad pada kaunter. Kakitangan akan ambil gambar MyKad dan foto anda.
  2. Beri maklumat peribadi kepada kakitangan kaunter untuk pendaftaran.
  3. Kakitangan kaunter akan membuat semakan untuk kelulusan.
  4. Pilih tarikh mula untuk MyBAS50.
  5. Bayar RM50 untuk langganan 30 hari.
  6. MyBAS50 akan diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum boleh digunakan.
  7. Sentuh MyKad setiap kali naik/turun bas myBAS Johor Bahru.
MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan

B. Melalui Telefon Pintar (Aplikasi LUGO)

MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan
  1. Muat turun aplikasi LUGO, daftar myBAS50 dan masukkan maklumat peribadi.
  2. Muat naik gambar MyKad dan selfie serta hantar permohonan.
  3. Tunggu pengesahan dan notifikasi kelulusan (dalam masa 24 jam).
  4. Pilih tarikh mula untuk myBAS50.
  5. Pilih cara pembayaran FPX atau debit/kredit. Selepas pembayaran RM50, anda boleh terus guna untuk 30 hari.
  6. Imbas kod QR setiap kali naik/turun myBAS Johor Bahru.
MyBAS50: Pas Perjalanan Bas Tanpa Had Hanya RM50 Sebulan

Cara Membuat Pembaharuan

Anda boleh memperbaharui langganan anda secara atas talian atau mengunjungi mana-mana kaunter Causeway Link / ManjaLink yang terpilih seperti senarai di bawah untuk memperbaharui pas myBAS50 anda:

  • Gelang Patah Bus Terminal
  • JB CIQ
  • KSL City Mall
  • Kulai Bus Terminal
  • Senai Airport
  • TF Value (Nusa Bestari)

Atau lebih mudah, anda boleh secara online melalui pautan berikut: 

>> PEMBAHARUAN myBAS50 SECARA ATAS TALIAN <<

Cara Menggunakan Pas MyBAS50

A. Telefon Pintar (aplikasi LUGO)
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui aplikasi LUGO, ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk permohonan diluluskan. Namun selepas lulus (anda akan menerima notifikasi) dan pembayaran dibuat, anda boleh terus menggunakan Pas Transit myBAS50 pada aplikasi LUGO anda di dalam bas.

B. Kaunter
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui kaunter ManjaLink, pengesahan kelulusan dan pembayaran adalah serta merta. Namun, selepas pembayaran dibuat anda perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum anda boleh menggunakan Pas Transit myBAS50 pada MyKad/MyTentera anda di dalam bas.

BACA JUGA: Resepi Kacang Pool. Sarapan Popular Negeri Johor!

Maklumat Lanjut 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi myBAS50 atau pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mybas50.html 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: