Harga Maksimum Ayam & Telur Berkuatkuasa 12 Oktober 2022

Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard dan telur gred A, gred B dan gred C.

Perkara itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada, 29 Jun 2022.

Dalam kenyataan tersebut, mesyuarat Jemaah Menteri membuat keputusan ini dengan mengambil kira Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada M40.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang harga ayam standard dan telur yang ditetapkan oleh KPDNHEP berkuatkuasa 12 Oktober 2022.

Harga Siling Ayam & Telur Mulai 12 Oktober 2022

PENENTUAN HARGA_MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022

Harga ayam telur
  • Harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung mulai 1 Julai 2022.
  • Harga siling runcit telur ayam di Semenanjung ditetapkan pada kadar berikut:
    • 45 sen sebiji bagi gred A
    • 43 sen/biji bagi telur gred B
    • 41 sen/biji bagi telur gred C

Tahukah anda, semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan? Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.

Selain daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga berhak dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis. Jika anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp 

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: