Resepi Perapan BBQ Daging, Kambing & Ayam Mudah, Terbukti Sedap
Resepi Perapan BBQ Kambing / Daging / Ayam
Musim-musim cuti ni memang ramai yang buat gathering, reunion, sambil tu buat bakar-bakar dan BBQ kan?
Sebenarnya nak buat BBQ ni kesedapan tu bergantung kepada resepi perapannya.
Kalau nak ikutkan mudah je, cuma mungkin bagi yang tak biasa buat tak berapa reti nak anggarkan kuantiti dan campuran bahan perapan yang sesuai.
Resepi ini terbukti sedap…
Jom kita tengok resepi dari Dr. G di bawah.
Resepi Perapan BBQ Kambing
Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
- 5 – 6 sudu besar Lada hitam
- 1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
- 1/2 cawan Sos Cili
- 1/2 cawan Sos tomato
- 1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
- Gula dan sedikit garam.
Cara-cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.
Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ Selamat mencuba ~
Kredit : Delihayat Kitchen
Baca juga:
- Dr Kongsikan 6 Makanan Kurangkan Batuk Berkahak, Sesuai Untuk Anak!
- 8 Lokasi Air Terjun Menarik Dan Popular Untuk Anda Kunjungi Di Selangor!
Resepi Perap Ayam / Daging
Bahan-Bahan:
- 1 labu bawang besar
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
- 3 sudu besar madu
- 1 sudu besar serbuk cili
- 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
- 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
- garam secukup rasa
Cara-cara :-
- Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
- Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
- Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
- Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
- Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
- Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
- BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
- Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
- Pada hari yang nak masak nanti, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
Selamat mencuba!
Kredit: Resepi Terkini