8 Lokasi Air Terjun Menarik Dan Popular Untuk Anda Kunjungi Di Selangor!

Seperti yang kita tahu, Selangor adalah antara negeri yang begitu pesat dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan semasa. Namun begitu khazanah alam masih terjaga dan terpelihara.

Bagi warga kota yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan dengan aktiviti semula jadi, anda boleh merujuk lokasi air terjun yang ingin kami kongsikan ini.

Berikut adalah antara senarai air terjun yang popular di Selangor.

1. Air Terjun Chilling

Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu
Gambar via Kembara Sang Petai

Untuk tiba di puncak Air Terjun Chilling, anda perlu merentasi 5 batang anak sungai yang berbatu dan licin serta perlu melepasi titi gantung untuk melihat panorama air terjun yang bertingkat. Namun begitu, ada kawasan yang selamat untuk anak-anak kecil, kerana di setiap anak sungai itu terdapat kawasan-kawsan lapang yang boleh berkelah serta keadaan sungai yang cetek. Disamping itu juga terdapat satu kawasan sungai yang boleh diberi makanan ikan kepada ikan-ikan kelah di situ.

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2. Air Terjun Sungai Pisang

Warna Warni: Air Terjun Sungai Pisang Gombak 2013
Gambar via Warna warni

Air Terjun Sungai Pisang merupakan antara air terjun popular di Selangor kerana airnya yang jernih. Walaupun kawasan air terjun ini tidaklah luas dan dalam namun air terjun ini selalu di kunjungi oleh pelajar-pelajar IPT atau penggemar aktiviti lasak. Ini kerana untuk tiba di puncak air terjun itu, anda perlu mendaki sedikit dan juga jungle trekking.

Alamat: Kampung Gombak, 48200 Rawang, Selangor.

3. Air Terjun Kemensah / Batu Asah

hellenkiller - timeTOrest: MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.
Gambar via Hellenkiller

Air terjun Kemensah atau Air terjun Batu Asah adalah salah satu lokasi yang strategik untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Air yang cetek, jernih dan kawasan yang kurang berbatu sangat sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda.

Disamping itu, terdapat kemudahan seperti surau dan tandas. Anda juga boleh menyewa chalet di situ untuk bermalam dan boleh juga boleh menyewa ATV untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Disana juga terdapat restoran diatas air, untuk anda menikmati makanan disitu.

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor.

4. Air Terjun Sungai Gabai

Air Terjun Sg. Gabai (Waterfall) - 54 tips from 6293 visitors
Gambar via Foursquare

Kejernihan air sungai di Air Terjun Sungai Gabai pasti akan memikat hati anda sekeluarga. Anda boleh bermandi manda di sini serta berBBQ bersama keluarga dan rakan-rakan. Di sini juga terdapat kemudahan parking kereta yang luas, pondok-pondok kecik dan tandas awam yang bersih.

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Selangor, 43100 Hulu Langat, Selangor.

5. Air Terjun Serendah

Segarkan minda di air terjun
Gambar via Harian Metro

Air terjun Serendah yang terletak di daerah Hulu Selangor, sangat popular dikalangan pencinta alam. Lokasi yang tidak jauh daripada bandar Kuala Lumpur menjadi salah satu faktor menarik tempat itu.

Air terjun ini juga sesuai untuk kunjungan kanak-kanak kerana terdapat taman permainan yang lengkap dan juga dilengkapi dengan tali penanda aras kedalaman air. Ini sangat memudahkan para ibubapa untuk memantau keselamatan anak-anak mereka.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor.

6. Air Terjun Sendat Ulu Yam

Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor, Malaysia | Selangor, Malaysia, Picture
Gambar via Pinterest

Air Terjun Sendat atau Hutan Lipur Sungai Sendat terletak di Jalan Ulu Yam yang menuju ke Batang Kali. Menariknya Air Terjun Sendat ini kerana mempunya 3 tingkat mengikut kedalaman kawsan air tersebut.

Alamat: 5 km dari Ulu Yam Bharu

7. Air Terjun Sungai Tua

Sungai Tua Recreational Forest, Selangor | DestiMap | Destinations On Map
Gambar via DestiMap

Air Terjun Sungai Tua adalah lokasi yang paling sesuai untuk aktiviti keluarga. Mempunyai kawasan yang luas dan kemudahan surau serta tandas yang disediakan untuk pengunjung.

Alamat: B23 Jalan Hulu Yam Bharu – Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

8. Air Terjun Semangkuk

Air Terjun Semangkuk – Pakar Percutian
Gambar via Pakar Percutian

Jika anda ingin bercuti di Bukit Freser boleh lah singgah sebentar di Air Terjun Semangkuk ini untuk menikmati kedingingan dan kesegaran airnya. Di sini juga terdapat kemudahan tandas awam dan pondok yang disediakan untuk pengunjung.

Alamat: Jalan 4, Kawasan Industri Greatyear Capital Rawang, 48000 Rawang, Selangor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: