Semakan Pusat Ujian PKSK Bagi Sesi 2022

Semakan Pusat Ujian PKSK boleh dibuat bermula 7 Januari 2022.

Ibu bapa yang memohon kemasukan ke Sekolah Khusus berikut boleh buat semakan ya!

Jom kami kongsikan caranya dan maklumat yang berkenaan.

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah seperti berikut :

  1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  4. Kolej Vokasional (KV)
  5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Bagi ibu yang telah membuat permohonan hingga tarikh akhir 31 Disember lalu, sila buat semakan pusat PKSK mengikut langkah di bawah:

pusat pksk

Cara Semakan Pusat PKSK

  • Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
  • Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

Tarikh Pelaksanaan Ujian PKSK

Tarikh menduduki PKSK adalah dijadualkan seperti berikut:

  • Tarikh menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 : 17 – 27 Januari 2022
  • Tarikh menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 : 7 – 17 Februari 2022

Format Ujian PKSK

Format ujian PKSK atau format soalan PKSK terdapat 3 komponen iaitu :

  1. Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  2. Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  3. Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan ataupun ingin mengetahui maklumat yang lebih jelas, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah :

Kementerian Pendidikan Malaysia

Laman Web Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/

Facebook : https://www.facebook.com/KemPendidikan/
Twitter : https://twitter.com/KemPendidikan/
Instagram : https://www.instagram.com/kempendidikan
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCvsVpvGlxtYlOc7Se4CPRIQ

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: