Dah Boleh Walk-In, Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021

Dah Boleh Walk-In, Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021

MAKLUMAN: Mulai 6 September 2021 ini, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Wee Ka Siong menerusi sebuah kenyataan media terkini.

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.

Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.

MOT turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di mana-mana kaunter JPJ termasuk memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera.

Rujuk kenyataan penuh berikut:

Sumber: PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR DAN LESEN MEMANDU MALAYSIA DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: