Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Tempoh Tawaran Diskaun Saman JPJ 70% (2021)

Tawaran pengurangan saman ini berkuatkuasa bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

Diskaun saman jpj
Sumber: JPJ Malaysia
Diskaun saman jpj

Terma & Syarat

Tawaran pengurangan saman JPj 70% ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

  • i. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • ii. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • iii. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • iv Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • v. termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

Cara Semakan / Bayaran

Semakan saman boleh dibuat secara online melalui portal MySikap JPJ.

Semakan dan bayaran diskaun saman JPJ secara manual ini juga boleh dilaksanakan di pejabat JPJ / cawangan / UTC dan kiosk. *Pastikan anda membuat temujanji online terlebih dahulu.

Jika anda belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran online kali pertama seperti panduan di bawah:

Cara-Cara Pembayaran Saman

Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan online di Portal MySikap.

CARA BAYAR SAMAN JPJ MELALUI PORTAL MYSIKAP

  1. Login MySikap

2. Pilih menu Kesalahan & Penalti

3. Semak Butiran Saman

4. Paparan saman akan dapat dilihat beserta jumlah bayaran

Pilih saman yang ingin dibayar.

5. Pilih Kaedah Pembayaran

Teruskan pembayaran seperti biasa.

Jom bayar saman sementara ada diskaun saman JPJ tahun 2021 ni. Banyak tu sampai 70% pengurangan kan?

Pastikan anda kongsikan info ini dengan keluarga dan kawan-kawan yang lain juga ya!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang diskaun dan tawaran pengurangan saman JPJ bagi tahun 2021, sila pastikan anda sentiasa mengikuti medium Jabatan Pengangkutan Jalan melalui medium berikut:

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui :

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: