GoDigital Sarawak 2023: Syarat Kelayakan & Cara Memohon – Kini dibuka!

GoDigital Sarawak ~ Kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana kepada rakyat Sarawak khususnya yang dikenali sebagai GoDigital Sarawak. 

Inilah peluang anda untuk naik tarafkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (MSMEs) anda secara digital dengan geran sebanyak RM10,000!

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut. 

GoDigital Sarawak

GoDigital Sarawak 2023

Untuk makluman, GoDigital Sarawak adalah merupakan satu inisiatif yang diasaskan oleh MINTRED dan dikuasakan oleh SDEC. Ia bertujuan untuk membiaya alatan teknologi kepada MSMEs Sarawak bagi mendigitalkan perniagaan mereka.

GoDigital Sarawak merupakan sebuah inisiatif melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0. 

BKSS 5.0 memperkenalkan program GoDigital Sarawak dengan matlamat utama untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dengan Pendigitalan perniagaan mereka.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda layak menerima geran bernilai sehingga RM10,000.

Matlamat & Objektif GoDigital Sarawak

Objektif dan matlamat utama inisiatif GoDigital Sarawak oleh kerajaan Sarawak ini adalah:

  • Membantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19
  • Untuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak
  • Untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri

Jenis Bantuan

GoDigital Sarawak menyediakan geran kepada PKS yang terlibat dalam Keusahawanan Digital untuk membeli perkakasan dan perisian dengan nilai sehingga RM10,000.00.

Tarikh Permohonan Dibuka

Sekiranya berminat, , anda boleh membuat permohonan bermula 12 Jun 2023 sehingga 12 Julai 2023. 

Sila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja. Pemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.

GoDigital Sarawak

Cara Memohon GoDigital Sarawak 

A. Daftar

Bagi pengguna baru, anda dikehendaki mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum boleh menghantar permohonan anda bagi geran ini.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan akaun GoDigital Sarawak anda:

  1. Layari pautan berikut: https://go.sarawak.digital/
  2. Klik butang “Register Now” untuk mendaftar
  3. Isi maklumat anda dalam borang pendaftaran (Registration Form)
  4. Pilih medium komunikasi pilihan (SMS atau Whatsapp) dan kategori perniagaan
  5. Klik butang “Next”
  6. Masukkan dan sahkan kata laluan anda.
  7. Sila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan.
  8. Klik butang “Submit” untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  9. Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.

B. Mohon

Setelah melengkapkan proses pendaftaran di atas, maka baru anda boleh memulakan permohonan untuk geran GoDigital Sarawak ini.

  1. Layari:  https://go.sarawak.digital/
  2. Log masuk akaun anda dengan memasukkan emel dan kata laluan
  3. Lengkapkan maklumat di halaman Profil
  4. Lengkapkan maklumat di halaman Addresses (Alamat)
  5. Lengkapkan maklumat di halaman Business Info (Maklumat Perniagaan)
  6. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dalam format PDF:
    1. Sijil Pendaftaran Perniagaan (wajib)
    2. Salinan Nama Perniagaan (pilihan)
    3. Lesen Perniagaan (pilihan)
    4. Borang 9 (jika ada, pilihan)
  7. Klik pada butang ‘Save Changes’ untuk menyimpan butiran anda.
  8. Klik pada butang ‘Back to Business’
  9. Klik pada ‘Products’ untuk mengakses peranti digital dan perisian yang tersedia untuk permohonan.
  10. Klik pada ‘+’ untuk menambahkan peranti digital dan/atau perisian yang diinginkan ke dalam ‘Basket’.
  11. Klik pada ikon ‘Cart’ untuk melihat perkakasan dan/atau perisian yang telah anda pilih untuk dipohon. Pastikan anda tidak melebihi had yang ditetapkan.
  12. Klik butang ‘Hantar Permohonan Anda’ untuk meneruskan dengan penyerahan.
  13. Klik butang ‘Proceed To Application Details’ untuk meneruskan.
  14. Periksa dan mengesahkan butiran peribadi dan butiran perniagaan anda
  15. Klik butang ‘Proceed To Delivery Info’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  16. Sahkan alamat penghantaran anda – Jika permohonan anda berjaya, item anda akan dihantar ke alamat ini.
  17. Klik butang ‘Proceed To Submission’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  18. Halaman Penghantaran Permohonan – ‘Submit’
  19. Setuju dengan Terma dan Syarat dan Permohonan Akhir
  20. Klik butang ‘Submit’ setelah bersetuju dengan Terma dan Syarat
  21. Selesai!

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai GoDigital Sarawak, sila layari/hubungi: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: