Pinjaman Cagaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Pinjaman Cagaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah merupakan salah satu langkah baru yang diperkenalkan bagi membolehkan rakyat membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat.

Sehubungan dengan itu, lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) – Pinjaman Cagaran KWSP. 

Pinjaman Cagaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Kemudahan ini bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

BACA JUGA: i-Saraan KWSP : Cara Pendaftaran Online & Manfaat

Syarat Permohonan – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Untuk mendapatkan kemudahan ini, anda boleh rujuk syarat-syarat yang disenaraikan seperti di bawah:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai usia 55 tahun (40 – 54 tahun) – FASA 1
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan adalah sekali sahaja.
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak.
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.

Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi.

Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Cara Memohon Pengeluaran Bersyarat Melalui Institusi Perbankan

Permohonan boleh  dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Setakat ini terdapat dua bank yang menyediakan kemudahan ini iaitu; Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian. 
  1. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbanka.
  1. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

NOTA PENTING:

Untuk memastikan kelancaran urusan anda, pastikan anda:

  • Semak kelayakan awal melalui Akaun 2 KWSP (Anda boleh semak kelayakan anda bermula 5 April 2023 melalui pautan berikut: https://fsa2.kwsp.gov.my )
  • Buat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian.
  • Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP atau kiosk berhampiran anda untuk membolehkan anda mendaftarkan no telefon bagi menerima TAC untuk tujuan semakan kelayakan. 
Pinjaman Cagaran KWSP

Semakan Kelayakan & Tarikh Permohonan Pinjaman KWSP (FSA 2)

Pinjaman Cagaran KWSP

Semakan kelayakan boleh dilakukan bermula 5 April 2023 di pautan berikut: https://fsa2.kwsp.gov.my

Setelah menyemak kelayakan, anda boleh lakukan permohonan untuk Pinjaman Cagaran KWSP / Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023. 

Kadar Faedah Pinjaman Cagaran KWSP

Pinjaman cagaran KWSP ini ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) adalah antara 4% – 5%, iaitu lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% – 15%.

Jumlah Pembiayaan Maksimum

Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000 tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Fasa Pelaksanaan (Pinjaman Cagaran KWSP – Fasiliti Sokongan Akaun 2)

Untuk pengetahuan anda, Fasiliti pinjaman bersyarat KWSP ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa. 

  • Fasa Pertama – Dibuka kepada ahli yang berumur 40 tahun ke atas sampai umur 55 tahun. Hal ini  kerana, tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun, dan bagi melayakkan Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai fasiliti ini buat masa ini.
  • Fasa Kedua-  Akan dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut telah dimuktamadkan oleh semua pihak yang terlibat.

Sebab Permohonan TIDAK DILULUSKAN

Berikut ialah antara sebab utama sekiranya permohonan anda untuk pengeluaran bersyarat KWSP TIDAK DILULUSKAN/GAGAL:

  • Pembiayaan peribadi tidak diluluskan oleh institusi perbankan kerana tidak menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan; atau
  • Baki simpanan dalam Akaun 2 adalah kurang daripada amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. (Sila rujuk cara menyemak baki akaun 2 KWSP dibawah).

Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:

  • i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun, ATAU
  • Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

BACA JUGA: Tak Payah Ke Kaunter, Ini Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online Je!

FAQ /Soalan Lazim – Pinjaman Cagaran KWSP / Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Untuk sebarang pertanyaan, anda rujuk gambar rajah di bawah. 

Pinjaman Cagaran KWSP
Pinjaman Cagaran KWSP
Pinjaman Cagaran KWSP
Pinjaman Cagaran KWSP
Pinjaman Cagaran KWSP
Pinjaman Cagaran KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman cagaran KWSP- Fasiliti Sokongan Akaun 2, sila layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/fasiliti-sokongan-akaun-2 

Anda juga boleh rujuk akaun rasmi Twitter KWSP untuk info terkini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: