Harga Borong & Runcit Kit Ujian Kendiri (RTK COVID 19) – KPDNHEP
Harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dalam melaksanakan penentuan harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri).
Sebagai Kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan Kementerian bagi menangani wabak Covid-19, KPDNHEP akan membuat kawalan ke atas harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) yang akan berkuat kuasa pada:
5 September 2021
di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Harga Borong & Runcit RTK COVID-19
Harga siling Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri), (COVID-19 Antigen Rapid Test Kit Self- Test) borong ditetapkan pada harga RM16 satu set.
Manakala harga siling jualan runcit ditetapkan pada RM19.90/set.
Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KPDNHEP ini.
Perkara ini telah dimaklumkan melalui siaran media rasmi KPDNHEP bertarikh 2 September 2021.
Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Harga Gas Memasak Yang Ditetapkan KPDNHEP
Cara Buat Aduan KPDNHEP
Jika anda mendapati mana-mana peniaga melakukan kesalahan dan menjual melebihi harga yang ditetapkan, aduan boleh dibuat kepada pihak KPDNHEP melalui telefon Call Center 1-800- 886-800 atau melalui Sistem eAduan yang boleh dicapai dari pautan ini (e-aduan.kpdnhep.gov.my).
Selain dari itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media di bawah :
Untuk info lanjut berkaitan Barang-Barang Kawalan Yang Diberikan Subsidi Oleh Kerajaan serta harga maksimum barangan yang ditetapkan, sila rujuk ke Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Baca juga: 6 Cara Wangikan Bilik Tidur Di Rumah, Confirm Hilang Bau Hapak & Kepam