Ramai Tak Tahu, Ini Harga Gas Memasak Yang Ditetapkan KPDNHEP
HARGA KAWALAN / HARGA RUNCIT LPG (GAS MEMASAK) SEMASA 2021
Harga runcit LPG/gas memasak adalah RM1.90 sekilogram (kg) atau
- RM19 bagi silinder 10kg,
- RM22.80 bagi silinder 12kg dan
- RM26.60 bagi silinder 14kg.
Harga runcit LPG ini ditetapkan kerajaan dan diwartakan melalui Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatuan 2011.
Baca juga: Senarai Barang Elektrik Yang Anda Boleh Tebus Dengan Baucer Rm200 Baucer Dari Kerajaan
Dengan penetapan harga ini, pembeli patut alert, contohnya harga jualan bagi tong 12kg adalah RM22.80 dengan pengguna ambil sendiri di kedai.
Namun sekiranya harga jualan hantar ke rumah pengguna melebihi harga yang diwartakan, ianya adalah termasuk caj pengangkutan.
Beliau menjelaskan, jika tong gas dihantar ke rumah pembeli dan ada caj pengangkutan atau penghantaran, penjual perlu menyatakan dengan jelas harga jualan runcit LPG dan caj penghantaran sama ada di premis perniagaan atau dalam resit jualan.
Tanpa penjelasan, tindakan boleh diambil.
Sebarang aduan boleh dibuat melalui telefon Call Center 1-800- 886-800 atau melalui Sistem eAduan yang boleh dicapai dari pautan ini (e-aduan.kpdnhep.gov.my).
Selain dari itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.
Untuk info lanjut berkaitan Barang-Barang Kawalan Yang Diberikan Subsidi Oleh Kerajaan, sila rujuk ke Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Baca juga: Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)