Gara-gara Salah Faham Siti Kasim, Jam Tangan Buruj Yang Dipakai Menteri Agama ‘Sold Out’
SALAH FAHAM DISANGKA ROLEX, JAM BURUJ MENTERI AGAMA ‘SOLD’ OUT HARI INI
Hari ini, viral satu ciapan Tweet daripada seorang aktivis terkenal, Siti Kasim yang membuat sebuah komentar terhadap jam tangan yang dipakai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Idris Ahmad.
Beliau mendakwa jam tersebut merupakan jam tangan berjenama mewah, Rolex.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjawab tuduhan tersebut dan mengatakan beliau hanya menggunakan jam tangan berjenama Buruj bagi memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.
Menyedari kesilapan itu, Siti Kasim telah meminta maaf atas dakwaan tersebut.
Walaubagaimanapun, disebabkan salah faham ini, Buruj Watches menjadi trending di laman sosial pada hari ini.
Bahkan, model jam tangan yang dipakai oleh Menteri Agama itu terus kehabisan stok!
Perkara ini diberitahu oleh pihak Buruj Watches sendiri melalui laman sosial rasmi di Facebook mereka.
Namun, model-model Buruj Watches yang lain masih boleh didapatkan di pasaran.
Kelebihan Jam Tangan Dari Buruj Watches
Rupanya jam tangan ini sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia.
Ia juga pernah digunakan oleh Farhatul Fairuzah, Johan Tilawah AlQuran Antarabangsa yang sering muncul di rancangan televisyen seperti Jom Ngaji.
Antara kelebihan jam tangan dari Buruj Watches yang unik dan istimewa berbanding jam tangan lain adalah :
- Dilengkapi dengan pencari arah kiblat
- Boleh personalize nama
- Dilengkapi dengan waktu solat dari seluruh dunia
Selain harganya yang berpatutan, jam tangan ini didatangkan dengan pelbagai rekaan dan material untuk pilihan pengguna.
Di sini kami kongsikan serba sedikit koleksi jam tangan Buruj Watches yang masih ‘available’ untuk tatapan bersama.
Buruj Watches telah mula menjalankan operasinya secara rasmi sejak tahun 2013, dan sejak itu berkembang sedikit demi sedikit sehingga kini menjadi pengedar tunggal bagi beberapa jenama jam yang mempunyai teknologi waktu solat dan arah kiblat di Malaysia.
Baca juga: Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan
MAKLUMAT LANJUT
Boleh tengok laman web mereka & Facebook semua design di