6 Tanda-tanda Kucing Anda Kekurangan Zat Makanan!
Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang sangat comel dan manja. Memelihara kucing di rumah memang menyeronokkan. Ini kerana kita dapat mengisi rasa bosan dengan bermain bersama mereka. Namun disebalik kecergasan dan kelincahan si comel anda pasti ada hari yang kurang cergas.
Kemungkinanan si comel mengalami masalah kurang zat makanan. Oleh itu, tahukah anda tanda-tanda kucing yang kekurangan zat makanan?
Kucing sebenarnya sama seperti manusia yang memerlukan makanan yang seimbang untuk terus kekal sihat dan cergas. Jika tidak kena dengan diet pemakanan meraka, kucing tersebut mungkin mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda kekurangan zat makanan antaranya adalah:
- Susut berat badan
Apabila kucing tiada selara makan, makin lama berat badan mereka makin susut. Ini akan menjadi satu punca masalah lain kepada mereka.
2. Mudah letih
Kucing yang kekurangan zat akan mudah terasa letih dan banyak tidur. Mereka juga akan kurang bermain dan aktif seperi selalu kerana badan mereka tidak dapat menghasilkan tenaga yang banyak.
3. Cirit birit
Kurangnya zat makanan di dalam tubuh si comel anda juga menjadi faktor utama kucing anda terkena cirit birit. Apabila kucing anda kurang makan, najis yang terhasil juga akan menjadi cair dan ini tidak bagus untuk sistem penghadaman kucing anda.
4. Gusi bengkak
Apabila gusi si comel anda bengkak ini akan menyebabkan nafas bau, gusi mudah berdarah, tidak nafsu makan, sukar untuk mengunyah dan boleh mengeluarkan nanah.
5. Keadaan kucing yang nampak tidak terurus
Kurangnya zat makanan dalam tubuh mereka juga menyebab si comel anda tidak dapat menguruskan diri dengan baik. Mereka tidak bermaya lagi untuk merapikan bulu-bulu mereka.
6. Kulit kering dan menggelupas
Kulit kering adalah salah satu punca kucing anda tidak sihat dan kekurangan zat makanan. Ini kerana badan mereka tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.
Sebagai penjaga, pasti anda akan berasa susah hati apabila si comel anda menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti di atas:
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu si comel anda dalam mengatasi masalah ini:
Antaranya adalah:
1. Jumpa veterinar
Jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, anda haruslah segara berjumpa dengan doktor haiwan Di sana, sudah pastinya kucing anda akan diberikan rawatan serta disemak tahap kesihatannya. Malah anda juga akan mendapat nasihat dari doktor haiwan tentang diet pemakanan yang sesuai untuk si comel.
2. Gumpalan bulu dalam perut
Punca lain boleh terjadinya kekurangan zat dalam kalangan kucing adalah disebabkan gumpalan bulu (hair balls) yang terdapat dalam sistem penghadaman mereka. Ini kerana sifat kucing yang membersihkan diri dengan menjilat seluruh badannya.
Jika gumpalan bulu ini dibiarkan terlalu lama didalam usus, ia boleh menyebabkan selera makan akan berkurangan serta boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius kepada si comel.
Dengan membantu si comel menyikat bulu mereka, ini dapat mengurangkan keguguran bulu dari masuk kedalam usus kucing tersebut. Tetapi anda haruslah menggunakan sikat yang dikhaskan untuk kucing yang boleh didapatkan di kedai haiwan.
3. Menyediakan makanan yang sesuai
Apabila kucing anda kurang selera makan, ini akan menyebabkan si comel anda kurang zat makanan. Untuk mengelakkan daripada si comel anda kurang selera makan, anda boleh menyediakan makanan yang sesuai dan seimbang mengikut usia kucing tersebut.
Inginkan lebih artikel yang menarik tekan disini