in ,

Lagu Negaraku: Sejarah, Maksud, Skor Muzik, Asal-usul & Pencipta Lirik

lagu negaraku
ADVERTISEMENT

Mungkin ramai antara kita sudahpun menghafal lagu negaraku yang selalu kita nyanyikan setiap pagi semasa di sekolah dahulu.

Tapi, pernahkah kita benar-benar menghayatinya dan mengetahui fakta serta sejarah di sebalik lagu tersebut?

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang Lagu Negaraku untuk rujukan bersama.

Sejarah Ringkas Lagu Negaraku

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

ADVERTISEMENT

Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri Perak.

Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles.

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan.

Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan.

Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia.

Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain. Skor lagu ‘Negaraku’ telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).

Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor.

Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’.

Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

Lirik & Video Rasmi Lagu Negaraku (Jabatan Penerangan Malaysia)

Negaraku
 Tanah tumpahnya darah ku
 Rakyat hidup bersatu dan maju
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
 Raja kita selamat bertakhta
 Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
 Raja kita selamat bertakhta

Maksud Di Sebalik Lagu

  1. Menyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya, hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
  2. Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia.
  3. Berdoa kepada tuhan untuk keselamatan negara.
  4. Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
  5. Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.

Latarbelakang Pencipta Lirik

Saiful Bahri bin Elyas adalah pencipta lirik lagu Negaraku.

Beliau telah memenangi RM1,000 yang kerajaan tawarkan ketika itu untuk mencipta seni kata dengan menggunakan irama lagu kebesaran negeri Perak.

Saiful Bahri telah menggubah lagu kebangsaan dalam tiga versi iaitu versi penuh, versi ringkas dan versi pendek.

Saiful Bahri dilahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada 19 September 1924 dan bertugas di Filem Negara Malaysia.

lagu negaraku

Beliau meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 26 Disember 1976 ketika usianya 52 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri Puan Noraini Ahmad serta lima orang anak dan jenazahnya dituntut isteri pertamanya untuk dikebumikan di Jakarta, Indonesia.

Selain daripada Lagu Negaraku, Saiful Bahri juga merupakan penggubah lagu-lagu yang membangkitkan jiwa anak watan seperti lagu Malaysia Berjaya, Barisan Kita, Samudra Raya,
Gagah Perkasa dan Muhibbah.

lagu negaraku
Sumber infografik : BERNAMA

Muat Turun Buku Lagu Negaraku (PDF)

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang info Lagu Negaraku, ia kini sudah boleh dimuat turun secara PERCUMA!

Melalui buku ini, terdapat pelbagai info berguna yang disampaikan untuk dijadikan panduan agar dapat lebih menyemai semangat cintakan negara.

Antara yang anda boleh baca :-

  • Sejarah, Lirik & Maksud Lagu_Negaraku
  • Mengenali Pencipta Lirik Lagu_Negaraku
  • Skor Muzik Lagu_Negaraku dan Mengenali Versinya
  • Menghayati Kepentingan Lagu_Negaraku
  • Tanda Hormat dan Etika Menyanyikan Lagu_Negaraku
  • Denda yang dikenakan jika tidak menghormati Lagu_Negaraku
lagu negaraku
Link muat turun : http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/lagu_negaraku/files/downloads/lagu_negaraku.pdf

Klik butang DOWNLOAD di bawah untuk dapatkan naskhah PDF percuma sekarang!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

banjr 2021

Hujan Lebat, Banjir Dijangka Berlaku Dari November Hingga Mac – MetMalaysia

Huawei Tawarkan Diskaun Istimewa Sempena PC Carnival Week