“Siapa Ira Kazar To You?” – Ini Jawapan Syamsul Dalam Hard to Heart Paknil

“Siapa Ira Kazar To You?” – Ini Jawapan Syamsul Dalam Hard to Heart Paknil

Beberapa hari ini media sosial menjadi tular dengan isu hubungan rumah tangga pengarah popular, Samsul Yusof dan isteri, juga seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Difahamkan rumah tangga itu sedang bermasalah, dan salah satu puncanya dipercayai adalah disebabkan gangguan daripada anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi, Faghira Fatini.

Menurut BERNAMA, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Ira pada bulan lepas atas dakwaan menerima gangguan dan juga ugutan daripada anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi, Faghira Fatini

Menerusi kenyataan Puteri Sarah sebelum ini, tindakan saman ini dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana merasakan ia jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun menyimpan perasaan.

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu dan Puteri Sarah pernah mengatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya gara-gara gangguan orang ketiga.

Pelakon wanita itu juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

ira kazar

Hard To Heart Paknil & Samsul Yusof

Dalam sebuah rancangan di siaran Astro yang dihoskan oleh Paknil, Samsul Yusof yang menjadi tetamu undangannya pada kali ini telah menerima pelbagai soalan berhubung isu ini.

Jelas Samsul, apa yang berlaku bukanlah dirancang dan tidak diminta olehnya.

Antara soalan yang paling ‘panas’ diajukan oleh Paknil adalah:

“Samsul tegar ye tengok isteri dan anak-anak pergi umrah tanpa Samsul di situ… Macam mana Samsul menghadapi benda tu?”

– PAKNIL (hard to heart)

Soalan ini tidak dijawab oleh Samsul Yusof dengan jelas kerana katanya dia tidak mahu menyakitkan hati isterinya.

Samsul juga mengakui hubungan dia dengan ayahnya kini agak tegang, apabila Paknil bercerita bahawa beliau pernah bertanya satu soalan Datuk Yusof Haslam dalam sebuah rancangan tentang artis-artis veteran terdahulu, “Dalam sisa-sisa hidup Datuk, apa yang ingin Datuk lakukan?”

Kata Paknil, Datuk Yusof Haslam terdiam lama, kemudian menangis dan sebak sambil mengatakan “Saya nak anak dan cucu saya bahagia. Dan kalau boleh nak luangkan masa dengan cucu setiap masa.”

Kemudian Paknil bertanya kepada Samsul kenapa ayahnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Namun, Samsul menjawab ia adalah ujian bagi keluarganya.

https://www.tiktok.com/@imranimlap/video/7116525297423453466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7041501840961373697
Sumber : PART 2 ImranImlap Tiktok

Siapa Ira Kazar?

Dalam satu lagi persoalan, Paknil bertanya soalan yang ditunggu-tunggu ramai.

“Siapa Ira Kazar tu?”

– PAKNIL (hard to heart)

Samsul dilihat terdiam lama sambil memikirkan jawapan yang sesuai.

Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu dengan membuat isyarat ‘zip mulut’.

https://www.tiktok.com/@imranimlap/video/7116523461845011738?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed
Sumber: PART 1 ImranImlap Tiktok

Rata-rata, netizen berasa kecewa dengan jawapan Samsul.

Berikut antara komen netizen:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: