Cara ‘Goreng’ Ayam Guna Air Fryer, Tanpa Minyak Pun Tetap Garing!

CARA MASAK AYAM GORENG AIR FRYER – RANGUP & GARING TANPA MINYAK!

Sana sini orang bercakap perihal minyak masak yang naik harga.

Memang tak dapat dinafikan, minyak masak adalah antara bahan yang menjadi kegunaan paling utama di dapur.

Nak tumis pakai minyak, nak deep fry pun banyak pakai minyak.

Di Malaysia, makanan bergoreng memang menjadi kegemaran ramai sebab ianya lebih sedap kan?

Tapi sebenarnya anda juga boleh ‘goreng’ ayam menggunakan air fryer dan dapatkan hasil yang tetap rangup tanpa menggunakan minyak masak tau!

Jom tengok perkongsian resepi dan tips oleh Tsu Feh Sufiah melalui Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook. Menarik!

Cara ‘Goreng’ Ayam Guna Air Fryer, Tanpa Minyak Pun Tetap Garing!

Mungkin ada yang memang guna air fryer dekat rumah, tapi bila goreng ayam tak pernah menjadi.

Haa.. Betul kan?

Jika anda salah seorang yang dimaksudkan tu, jom tengok cara yang dikongsikan ini.

Tengok hasilnya, cukup menyelerakan!

ayam goreng air fyer
ayam goreng air fyer

TIPS: Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING

Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.
Cer tengok nih!

Yes. Misi berjaya.

Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.

Korang try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.

Caranya senang jer,

  1. Basuh bersih ayam.
  2. Lumurkan ayam dengan ;
    • bawang putih (tumbuk lumat)
    • sedikit halia (tumbuk lumat)
    • sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
    • sedikit kunyit serbuk
    • garam
  3. Gaul sebati.
  4. Masukkan dalam bakul air fryer
    • suhu 190 darjah
    • masa 15 minit
      *Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata
  5. Siap.

Ps : bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!

Sumber: Tsu Feh Sufiah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: