Cara Anyam Ketupat , Mudah Je! – Panduan Bergambar

CARA ANYAM KETUPAT

Ketupat adalah merupakan menu wajib di pagi raya. Biasanya ia dimakan dengan ayam masak rendang, kuah kacang, dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis ketupat yang popular di Malaysia contohnya seperti ketupat palas, ketupat bawang, ketupat nasi, dan banyak lagi. 

Apa yang menyedihkan, kebanyakan generasi pada masa kini kurang mahir dan tidak tahu cara menganyam ketupat. Kalau teringin makan, beli sahaja ketupat segera (instant). Memang mudah. 

Namun, tidak ada salahnya, kita belajar cara anyam ketupat menggunakan cara tradisional bagi mengembalikan lagi nostalgia dan rasa ketupat seperti dulu-dulu. Di samping menambah kemahiran baru, tradisi keluarga pun dapat dipelihara. Betul tak? 

Tunggu apalagi, jom baca cara anyam ketupat langkah demi langkah seperti yang dikongsikan di bawah untuk membantu anda menganyam ketupat dengan mudah. 

BACA JUGA: Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Paling Mudah & Rangup

Cara Anyam Ketupat Langkah Demi Langkah

Untuk pengetahuan anda, cara menganyam ketupat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook (Tajul Ariffin Norsadan). Menurut beliau, ini adalah ketupat sate yang sangat mudah untuk dihasilkan.

Bahan-bahan: Daun kelapa muda. 

Cara-cara: 

1. Buat tiga gulungan (seperti gambar) menggunakan tangan kiri anda. 

2. Kemudian, ulang langkah pertama (buat tiga gulungan) menggunakan tangan kanan anda. Rujuk gambar. 

3. Cara memegang. Ada perbezaan gulungan tangan kanan dan tangan kiri. Perhatikan dengan teliti gambar di bawah.

4. Masukkan gulungan ketiga tangan kanan ke gulungan ketiga tangan kiri. Gulungan tangan kiri sebagai dasar.

5. Anyam sampai ke hujung gulungan pertama tangan kiri.

Cara Anyam Ketupat

6. Lanjutkan anyaman gulungan kedua tangan kanan secara bertentangan dengan gulungan ketiga.

Cara Anyam Ketupat

7. Anyam gulungan pertama tangan kanan bertentangan gulungan kedua tangan kanan.

Cara Anyam Ketupat

8. Pastikan anda dapat bentuk yang betul seperti ini.

Cara Anyam Ketupat

9. Kemudian, ambil hujung gulungan pertama tangan kanan.

Cara Anyam Ketupat

10. Anyam sehingga bertemu gulungan pertama tangan kiri.

Cara Anyam Ketupat

11. Pegang keseluruhan anyaman dengan tangan kanan. Lepaskan pegangan tangan kiri. Berhati-hati semasa membuat gerakan ini kerana anyaman masih mudah terlepas.

Cara Anyam Ketupat

12. Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri dan anyam sehingga bertemu hujung gulungan di tangan kanan. 

Cara Anyam Ketupat

13. Jadilah seperti ini. 

Cara Anyam Ketupat

14. Temukan kedua-dua hujung gulungan pertama.

Cara Anyam Ketupat

15. Tarik sedikit kedua dua hujung anyaman seperti ini.

Cara Anyam Ketupat

16. Ketatkan anyaman tersebut. Siap!

Cara Anyam Ketupat

Setelah siap anda boleh isikan beras ke dalam sarung ketupat tersebut dan rebus. 

BACA JUGA: Resepi Biskut Sampan. Rangup Dan Enak Rasanya!

Kesimpulan

Amacam, mudah tak? Untuk yang pertama kali, mungkin ia agak susah sedikit. Lama kelamaan anda pasti menjadi mahir. Balik kampung nanti bolehlah anda tunjuk kemahiran menganyam ketupat ni kepada ahli keluarga anda. 

Selamat mencuba ya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: