Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Paling Mudah & Rangup
Antaa resepi biskut raya paling mudah nak buat – tak lain tak bukan ialah cornflakes madu.
Bukan saja senang, sedap pun sedap kan? Ia antara kuih favourite yang memang paling cepat habis bila buat kat rumah.
Jadi di sini kami nak kongsikan resepi cornflakes madu yang paling mudah untuk amda cuba.
Kenapa kata paling senang? Sebab resepi ni tak perlu pakai oven tau.
Kalau ikut Tuan punya resepi ni, kita tak perlu risau sebab biskut akan tetap rangup dan tak lemau, tapi pastikan ikut resepi cornflakes madu ni betul-betul ok!
Baca juga: Resipi Cornflakes Pedas Rangup Sira Sambal, Ada Bilis & Kacang Lagi Best!
So, jangan buang masa lagi. Ikuti resepi penuh oleh Rofidah Ahmad di bawah.
Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven. Simple & Rangup, Tak Lemau!
Hari ini saya nak kongsikan resepi biskut cornflakes madu tanpa oven tau.
Bahan-bahan
- Cornflakes 1 kotak besar (Nestle)
- 5 sudu besar madu
- 5 sudu besar susu pekat
- 250g buttercup
- 5 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Papercup secukupnya.
Cara-cara
- Mula-mula sediakan kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.
- Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan di atas, kecuali cornflakes.
PENTING: Jangan tunggu buttercup cair baru nak masuk semua bahan tau, nanti tak menjadi. - Kacau sampai sebati.
- Sudah mendidih tutup api dan biarkan sejuk atau agak-agak suam. (Jangan risau adunan tidak akan pekat.)
- Nanti bila adunan tadi dah sejuk, masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jgn buka)
- Bila dah kacau rata, isilah ke dalam papercup,atur dalam talam kecil.
- Bila dah siap masuk papercup, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 10 minit.
- Siap dan dah boleh dihidangkan.
Mudah kan?
Kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.
Ok dah siap inilah hasilnya…
Baca juga: Masakan Terlebih Garam? Ini Tips Repair Rasa Masin Guna Tudung Periuk
Selamat mencuba semua.
*Kredit resepi: Rofidah Ahmad