Masakan Terlebih Garam? Ini Tips Repair Rasa Masin Guna Tudung Periuk
TIPS KURANGKAN RASA MASIN DALAM MASAKAN YANG TERLEBIH GARAM
Pernah tak terlebih bubuh garam dalam masakan?
Bagi yang tak berapa kerap masak atau kadang-kadang tak perasan mungkin kita akan melalui situasi begini.
Kalau masakan jenis berkuah atau sup, cara mudah yang biasa kita buat ialah lebihkan air.
Tapi kalau masakan macam nasi goreng atau lauk kering, apa nak buat?
Rupanya kita boleh adjust balik rasa masin tu guna teknik wap atau tudung periuk.
Ini tips kurangkan rasa terlebih masin menggunakan tutup periuk yang dikongsikan oleh Noraini MN Anie.
Mungkin ramai tak pernah cuba lagi kan?
Petua Betulkan Rasa Masakan Terlebih Masin
Masak inti sandwic terrrmasin.
Nasib baik teringat pesan mak, kalau masak apapun terlebih garam dan masin, boleh gunakan cara ni.
- Masa masakan kita tu masih panas, ambil tudung periuk.
- Kemudian lalukan air paip seluruh penutup periuk tu.
- Buang air paip tu dan terus je tutup masakkan kita yang terlebih masin tadi.
- Biarkan dalam 10 minit – 20 minit sampai berwap tudung periuk tu.
- Kemudian bolehlah rasa, masin tu akan berkurangan.
- Jika masih rasa masin, gaul sikit dan ulang lagi langkah yang sama sehingga rasa masin kurang macam yang kita nak.
Mudah kan?
Inilah petua yang diwarisi daripada mak-mak dan nenek-nenek kita dulu dan mungkin ramai yang belum tahu.
Jadi bolehlah kongsikan dengan semua agar dapat dimanfaatkan di saat-saat genting nanti.
Manalah tahu, tiba-tiba masak makanan terlebih masin dan tetamu pulak ramai dah tunggu. Jadi taklah membazir dan kita boleh repair balik rasa masakan tu kembali normal.
Selamat mencuba!
Baca juga : Hukum Guna Apps Gambar Bergerak Pada Orang Yang Telah Meninggal Dunia – Ustaz Dusuki
*Kredit : Noraini MN Anie