in

Resipi Cornflakes Pedas Rangup Sira Sambal, Ada Bilis & Kacang Lagi Best!

ADVERTISEMENT

Resipi Cornflakes Pedas Rangup (Sira Sambal Bilis & Kacang)

Antara kudapan Hari Raya yang paling famous dan ramai orang suka ialah biskut conflakes madu.

Baca juga: Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2021 (1442 H) Di Malaysia

Selain mudah dibuat, rasanya juga sangat sedap walaupun simple saja.

Resipi biskut cornflakes juga telah diolah menjadi pelbagai versi contohnya ada yang bercampur coklat, kismis, kekacang, dan ada juga yang dicampur tepung atau Nestum.

Selain dibuat manisan, cornflakes juga boleh diolah menjadi kudapan pedas manis yang sedap tau.

Jom kita cuba resipi cornflakes pedas rangup yang dikongsikan oleh Umie Shahida ini.

Nampak menarik!

Resepi Cornflakes Pedas Rangup Simple & Sedap

Bahan-bahan

  • 1 cawan cili kisar/serbuk cili
  • 1/2 cawan gula perang (hakak kurangkan sikit)
  • 5 tbsp madu
  • sedikit garam (ikut selera masing2)
  • 500 gm cornflakes

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul-betul garing ya.
  2. Masukkan gula perang, madu dan garam kacau hingga sebati.
  3. Bila dah berbuih tu boleh masukkan pula cornflakes dan gaul rata.
  4. Letakkan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan lerai-leraikan supaya masak sekata apabila dibakar.
  5. Bakar selama 15-20.
  6. Bila dah sejuk nak letak kacang ke ikan bilis terpulang pada selera masing-masing.
  7. Bila dah sejuk, bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Jom tengok langkah bergambar di bawah:

Mula-mula tumiskan cili macam nak buat sambal tu.

Resipi cornflakes pedas

Lepas tu masukkan sedikit madu.

Seterusnya masukkan pula sedikit gula perang.

Biarkan sambal sejuk sekejap.

Cara buat cornflake sambal

Kemudian gaulkan pula dengan cornflakes hingga rata.

Resepi cornflakes sambal

Lepas tu boleh campurkan bilis dan kacang yang telah digoreng asing.

Kemudian kita bakar supaya ianya lebih garing dan sedap.

Resepi cornflakes sambal

Lerai dan rata-ratakan atas dulang supaya tak melekat-lekat sangat nanti.

Resepi cornflake sambal

Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas ya.

Resepi cornflake sambal

Selamat mencuba!

Simple dan mudah je kan?

*Kredit resipi cornflakes pedas ini merupakan perkongsian asal oleh FB Umie Nurhayati. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk resepi asal beliau di Facebook.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cardless withdrawal maybank

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)

syarat rentas negeri

Syarat Rentas Negeri Diperketat, Hanya Dibenarkan Isnin-Khamis – PDRM