in

Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2021 (1442 H) Di Malaysia

ADVERTISEMENT

Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2021 di Malaysia

Bagi umat Islam di negara ini terutama kanak-kanak, malam 29 Ramadan ditunggu-tunggu kerana pada malam itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Syawal menandakan Aidilfitri.

Pengumuman itu yang dibuat bagi seluruh negara disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 31 tahun lalu.

Bagi pengumuman Hari Raya tahun 2021 ini, ia dibuat pada 29 Ramadan (Khamis), jam 8.00 malam.

Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung di siaran TV Nasional seluruh Malaysia.

https://www.facebook.com/watch/?v=305494251078137

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2021

Tarikh Hari Raya Aidilfitri / 1 Syawal di Malaysia adalah pada 13 Mei 2021.

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2021 (JAKIM).

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144211 Mac 2021Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144213 April 2021* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 144229 April 2021Nuzul Al-Quran
*01 SHAWWAL 144213 Mei 2021Hari Raya Puasa/Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144211 Julai 2021Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144220 Julai 2021* Hari Raya Korban/Aidiladha
01 MUHARRAM 144310 Ogos 2021Awal Muharam/Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144319 Oktober 2021Maulidur Rasul

*Sumber: Panel Pakar Falak, JAKIM

kalendar islam 2021

Baca juga: Zakat Fitrah Online 2021: Cara Pembayaran Online Setiap Negeri

Bagaimana Tarikh Hari Raya Aidilfitri Ditentukan?

Menurut JAKIM, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke-92 pada 15-16 Mac 1972 telah bersetuju penetapan tarikh permulaan puasa, Aidilfitri dan Aidiladha berdasarkan kepada rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

Bagi menyelaraskan penentuan tarikh puasa dan hari raya, Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya dianggotai Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Jakim akan mengesahkan hitungan dibuat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.

Pengesahan hitungan itu kemudiannya disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Setiausaha MKI berkenaan tarikh melihat anak bulan serta kedudukan anak bulan mengikut kiraan falak.

Di peringkat negeri pula, Jawatankuasa Melihat Anak Bulan ditubuhkan dan keanggotaan diketuai oleh Mufti Negeri, Kadi Daerah, Pengarah Jabatan Ukur (beragama Islam), wakil Jabatan Agama Islam dan seorang ulama atau ahli falak. Jawatankuasa ini berperanan melaksanakan cerapan hilal menggunakan peralatan seperti teodolit atau teleskop.

Kemudahan peralatan cerapan ini bergantung kepada lokasi cerapan dilaksanakan.

Pengesahan hilal kelihatan hanya boleh dibuat oleh ahli jawatankuasa yang dilantik membabitkan sekurang-kurangnya dua penyaksian.

Makluman itu disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang akan mempersembahkannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga: 7 Amalan Wanita Haid Untuk Merebut Ganjaran Di Bulan Ramadan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Challenge Your Fitness Dengan Lazada. Jom Cabar Diri Kekal Sado Di Pagi Raya!

panduan solat sunat aidilfitri

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah & Amalan Sunat Malam Raya (Muat Turun PDF)