Kembara Mahkota Johor 2023 – Tentatif Penuh & Laluan
Kembara Mahkota Johor 2023 kini kembali menemui rakyat. Setelah lebih kurang tiga tahun tidak diadakan, acara kegemaran bangsa Johor yang dinantikan ramai ini bakal membuka tirainya pada bulan Ogos ini.
Jom baca lebih lanjut mengenainya melalui perkongsian di bawah.
Kembara Mahkota Johor 2023
Menurut sumber Wikipedia, Kembara Mahkota Johor atau juga dikenali sebagai KMJ merupakan program bersama rakyat yang diterajui oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.
KMJ dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor.
Kembara ini bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Dalam kembara ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.
Kali terakhir acara ini diadakan pada tahun 2019 dan dihentikan sementara akibat wabak pandemik COVID 19.
BACA JUGA: Rumah Transit Bangsa Johor: Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Tarikh Kembara Mahkota Johor 2023
Untuk tahun ini, KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos 2023.
Acara selama empat hari ini bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer dan melintasi 10 buah daerah.
Tema
Tema KMJ 2023 pada tahun ini ialah ‘Alam Sekitar dan Suasana Perkampungan”.
Tentatif – Jadual & Laluan Kembara Mahkota Johor 2023
Rujuk gambar rajah di bawah untuk mengetahui jadual dan laluan KMJ 2023:
Atau layari pautan berikut untuk memuat turun tentatif penuh KMJ 2023: https://heyzine.com/flip-book/02843e1232.html/page/1
Aktiviti Sepanjang KMJ 2023
Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang KMJ 2023 berlangsung agihan cenderahati percuma untuk 10 pitstop dan pelbagai lagi.
Rujuk Facebook Tourism Johor untuk maklumat terkini.
BACA JUGA: Dana Didik Johor 2023: Percuma Caruman RM100 Setiap Bayi
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Maklumat terkini mengenai KMJ akan dikemaskini dari masa ke semasa di page Facebook tersebut.