in

Resepi Nasi Goreng Daging Merah. Selera Masakan Thai!

ADVERTISEMENT

Sejak PKP ini, kedai makan masakan panas Thai jarang-jarang beroperasi.

Ini kerana ekoran SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda Resepi Nasi Goreng Daging Merah untuk anda.

Resepi Nasi Goreng Daging Merah.

Resepi Nasi Goreng Daging Merah.

5 from 1 vote

Bahan-Bahan
(daging masak merah)

  • Secukupnya Daging

  • Sedikit Pewarna merah atau sirap ros

  • 3 ulas bawang putih (diketuk)

  • 5 tangkai cili api (diketuk)

  • Sebiji bawang Holland (dihiris)

  • Setangkai cili merah (dihiris)

  • Secukupnya pes cili

  • Secukupnya sos cili

  • Secukupnya sos tiram

  • Secukupnya Nampla atau sos ikan

  • Secukupnya Gula

  • (NASI GORENG)
  • 2 mangkuk Nasi putih

  • 3 ulas bawang putih (diketuk)

  • Sedikit bawang holland (dihiris)

  • Sedikit Cili api (diketuk)

  • Sedikit Cili boh

  • Sedikit Sos tiram

  • Sedikit Nampla atau sos ikan

  • Sebiji telur

  • Sedikit Pak coy atau sawi cina

cara-cara
(daging masak merah)

  • Daging dipotong kiub dan direbus dengan pewarna merah atau sirap ros.
  • Kemudian daging yang telah direbus, digorengkan seketika untuk garingkan di sekeliling dading.
  • Kemudian dihiris nipis dan ketepikan dulu.
  • Seterusnya, panaskn minyak, masukkan bawang putih dan pes cili.
  • Tumis sehingga cili masak, kemudian masukkan sos tiram dan gaul rata.
  • Seterusnya masukkan sos cili dan nampla atau sos ikan dan kacau rata.
  • Sudah mendidih, masukkan daging yang dihiris tadi.
  • Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perasakan dengan gula. dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan cili api, cili merah hiris serta bawang Holland hiris. Kaup sekali dua dan tutup api.
  • (NASI GORENG)
  • Panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih, bawang Holland dan cili api.
  • Kacaukan sehingga naik bau wangi kemudian masukkan cili boh.
  • Kemudian tumis sehingga cili masak barulah masukkan sos tiram dan nampla atau sos ikan.
  • Kemudian pecahkan telur.
  • Barulah masukkan nasi, kacau rata dalam keadaan api yang besar.
  • Akhir sekali, masukkan sawi dan kacau rata.

Jom cuba Resepi Mee Bandung Muar. Ringkas Dan Menyelerakan!

Kredit: Emee Sham

 

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Mee Bandung Muar. Ringkas Dan Menyelerakan!

Resepi Nasi Ayam Hainan. Hidangan Ala Chee Meng Style!