Ustazah Norhafizah Musa: Biodata, Pencapaian & Anugerah Diterima
Ustazah Norhafizah Musa: Biodata & Fakta Menarik Mengenai Beliau | Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa adalah seorang pendakwah wanita yang cukup menginspirasikan dan tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dengan kelembutan tutur bicaranya dalam menyampaikan dakwah serta pencapaian-pencapaian yang luar biasa, beliau menjadi sumber inspirasi ramai wanita.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, jom baca biodata beliau yang dikongsikan di bawah.
BACA JUGA: Jom Kenali Tengku Hassanal – Ini Biodata & Wajah Anakanda YDP Agong
Siapakah Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa?
Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa adalah seorang tokoh pendakwah wanita yang sering muncul di kaca televisyen mahupun di media sosial dan aktif dalam menyampaikan dakwah.
Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah yang mempunyai tutur kata yang lembut, berilmu serta suka menyampaikan nasihat yang mendalam.
Tambahan lagi, beliau juga cukup berprestasi dalam bidang akademik dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD yang membawa gelaran ‘doktor’.
Beliau mendapat Penganugerahan Doktor Falsafah dari Akademi Pengajian Islam di Istiadat Konvokesyen ke-58 Universiti Malaya pada usia 43 tahun.
Sebelum melanjutkan pengajian dalam PHD, Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda di University of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam.
Kesibukan beliau dalam bidang dakwah serta menguruskan keluarga tidak memberikan kesan kepada cita-cita beliau.
BACA JUGA: Siapakah Aisar Khaled? – Biodata, Perjalanan Karier, Fakta Menarik
Biodata Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
- Nama: Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa
- Tarikh Lahir: 21 Disember 1975
- Tempat Lahir: Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan
- Suami: Dr. Ustaz Azahar Yaakub
- Bil anak: 7 orang
- Pendidikan:
- Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Psikologi Islam Universiti Malaya (UM)
- Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan UM
- Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam Universiti Yarmouk, Jordan.
- Kerjaya/Perkhidmatan:
- Selebriti TV
- Pembimbing Ibadah Umrah
- Pensyarah Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
- Rancangan Televisyen/Radio:
- Tazkirah Malam Jumaat
- Dakwah Live TV Al Hijrah
- Forum Perdana Hal Ehwal Islam
- Program TV Al Hijrah
- Al Hidayah TV3
- Halaqah TV9
- Tanyalah Ustazah TV9
- Panel Radio IKIM FM
- Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD): Pengasas & Penasihat Madinatul Huffaz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
- Anugerah/Pencapaian:
- Tokoh Personaliti Al-Quran Kebangsaan
- Ikon Murobbi MATIN
- Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
- Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan 1440H/2018M
- Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan)
- Anugerah Pingat Kebesaran
- Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) – Datuk
- Media sosial:
- Facebook: Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa
- Instagram: @ustazahnorhafizahmusa
Jangan lupa dapatkan koleksi buku hasil karya ustazah di sini!